fbpx
Now Reading
Kejar Saham Akhirat, Rizalman Bakal Bina Pusat Pengajian Al-Quran

Kejar Saham Akhirat, Rizalman Bakal Bina Pusat Pengajian Al-Quran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

http://instagram.com/p/CDxN8_lJTrc/

Tidak sampai setahun mengumumkan persaraannya sebagai pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim dilihat semakin mendekatkan diri kepada pencipta.

Jika sebelum ini dia mengeluarkan Al-Quran edisi terhadnya iaitu ‘Al-Quran Amazing Edisi Khas Dato’ Rizalman’ dan hasil jualannya disalurkan kepada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, kini beliau difahamkan beliau sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Rizalman berkongsi niat murni nya itu kepada orang ramai sejajar dengan penubuhan Yayasan RI yang sedang dalam proses mendapat kelulusan.

Al Quran Amazing yang dikeluarkan beliau

“Kamu tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa.
 
“Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka

Jelasnya lagi, cawangan pertama bagi pusat pengajian tersebut akan didirikan di bandar Johor Bahru .

 “Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama,” katanya.

Buat sementara ini menurut Rizalman, segala kos pembinaan pusat pengajian tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat beliau iaitu RI Network sementara menunggu Yayasan RI berdaftar secara sah.

Beliau dalam masa sama turut mengajak orang ramai yang ingin turut serta menyumbang dalam menyiapkan pusat pengajian tersebut dan melalui link yang akan diberikannya kelak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.