fbpx
Now Reading
Ini Antara Selebriti Yang Mula Berhijab Di Tahun 2020

Ini Antara Selebriti Yang Mula Berhijab Di Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka masa berlalu begitu cepat dan sekarang sudah masuk bulan September tahun 2020. Tahun ini, kita lihat ramai artis wanita malaysia mula mengenakan hijab sepenuhnya dengan yang paling baru, aktres Hannah Delishah.

Seronok dapat melihat perubahan positif mereka bila mengenakan hijab. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana keputusan ini bukan satu keputusan yang mudah.

Dibawah kami senaraikan kesemua selebriti mengubah penampilan dan mula berhijab pada tahun 2020 .

#1 Dahlia Shazwan

Dahlia Shazwan atau lebih dikenali sebagai Gadis Trivago, mula mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang dari menunaikan umrah sekitar bulan Februari 2020.

Dahlia mengatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mula berhijab semasa bulan Ramadhan, tetapi mengambil keputusan untuk mengenakan hijab lebih awal kerana takut tidak sempat.

Dahlia yang juga merupakan pengacara HLive masih meneruskan pekerjaannya dalam bidang pengacaraan walaupun dia kini sudah pun mengenakan hijab.

#2 Ernie Zakri

Penyanyi, Ernie Zakri mengumumkan penampilan barunya di laman Instagram miliknya pada bulan Mac 2020.

“Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri. Ikutkan, saya dah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19” – Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ernie kepada BH Online.

Tambah Ernie pula, penghijrahan ini tidak mengubah apa yang dia sedang lakukan dan dia juga mengatakan bahawa dia akan terus menyanyi meskipun telah berhijab.

Ernie juga telah membawa imej baru menerusi lagu terbarunya, Boneka yang memaparkan perubahan imej yang positif terhadap dirinya.

#3 Kilafairy

Pelakon berdarah kacukan Pakistan ini telah mengejutkan ramai pihak apabila Kilafairy memuatnaik gambar di laman Instagram miliknya yang tampil dengan imej berhijab pada 5 Jun 2020.

Sebelum ini, Kilafairy memang sinonim dengan imej seksi, memang mengejutkan apabila Kilafairy mula berhijab. Namun, di laman Instagram miliknya dibanjiri dengan komen yang positif dan ada yang mendoakan Kilafairy sentiasa beristiqomah selepas mengenakan hijab.

Ditambah lagi, Kilafairy nekad untuk tidak tampil seksi pada awal tahun ini dan kini mula berhijab sempena keberkatan Syawal. Kilafairy juga ada memuatnaik video reaction terhadap ayahnya, dimana ayah kepada Kilafairy menangis melihat perubahan anaknya itu. Tapi, bila Kilafairy mula berhijab nampak semakin cantik dan ayu bak kata pepatah perempuan melayu terakhir.

#4 Cik Manggis (DeFam)

Cik Manggis yang merupakan ahli kumpulan De Fam ini mula memuat naik imej berhijab di laman Instagram miliknya pada Jun 2020.

Ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Cik Manggis selepas mengenakan hijab sepenuhnya pada dirinya sendiri. Walaupun kini sudah berhijab, namun ianya tidak menganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan minatnya dalam bidang tarian.

#5 Sharifah Shahirah

Sharifah Shahirah yang merupakan pelakon, pengacara dan juga penyampai radio popular mula memakai tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Dia yang merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah, memberitahu bahawa dia mula memakai hijab sepenuhnya apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini merupakan dugaan daripada Allah SWT.

#6 Fathia Latiff

Tahun 2016 sangat menduga pelakon Fathiya Latiff ini yang mengenakan hijab sepenuhnya pada tahun itu. Namun, sekitar tahun 2019, Fathiya kembali membuka tudung kerana merasa dia tidak mahu menjadi orang yang hipokrit.

Pada tahun 2020, Fathiya menunjukkan imej memakai tudung dimana dia mendapat sinar baharu dalam kehidupannya pada bulan Jun 2020. Dia juga dilihat memadam semua gambarnya yang tidak memakai tudung di laman Instagram miliknya.

Tambah juga, Fathiya kini sering menunjukkan sisi yang positif terhadapa perubahan terhadap dirinya. Dia juga berharap agar dia terus beristiqomah dan mendapat sokongan dari peminatnya dan semua.

#7 Zila Bakarin

Hujung bulan Disember tahun lalu, Zila Bakarin mula mengenakan hijab sepenuhnya dan tuan badan sendiri memuatnaik sekeping gambarnya memakai tudung.

Tambah Zila, dia mengharapkan agar peminatnya terus mendoakan agar dia terus memakai tudung. Zila Bakarin yang mula menutup aurat dengan mengenakan hijab lebih sebulan ini mendapat komen yang positif dari para peminatnya dan warganet.

#8 Mawar Rashid

Mawar Rashid pada pertengahan Ogos lalu mengumumkan yang dia juga sudahpun berhijab. Penghirahannya kebetulkan pada 2 Muharram dan Jumaat pertama dalam tahun baru islam .

#9 Hannah Delisha

Hanna Delishah merupakan aktres terbaru dalam senarai yang mengenakan hijab iaitu di sekitar awal September lalu.

Jelas Hanna dia sebenarnya sudah lama menyimpan niat itu, dan akhinya apa yang dihajatinya kini menjadi kenyataan.

Satu yang pasti menurut Hannah, perbezaan paling ketara yang dirasainya semenjak berhijrah adalah jiwanya yang terasa begitu tenang.

#10 Wan Sharmila

Artis popular menerusi drama 7 Hari Mencintaimu ini mendapat reaksi yang positif daripada peminatnya selepas dia mengumumkan mula mengenakan hijab di laman Instagram miliknya.

Menurut Wan Sharmila dia percaya job lebih luas namun, dugaannya akan bertambah. Tambahnya sudah lama mempunyai hasrat untuk menutup aurat. Namun, nekad melakukan perubahan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober tahun lalu.

Wan Sharmila yang kini terlihat manis mengenakan hijab dan diharapkan terus tabah menghadapi dugaan yang akan datang.

Setakat artikel ini ditulis, ini adalah antara artis wanita Malaysia yang mula berhijab sepanjang tahun 2019/2020. Kami sentiasa mendoakan mereka terus beristiqomah dalam kehidupan seharian mereka dan terus tabah dalam menghadapi cabaran akan datang. Keputusan yang dilakukan bukanlah sesuatu keputusan yang mudah bagi mereka, jadi berilah sokongan dan dorongan kepada mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.