“Pokok Juga Bercakap” – Saintis Sedang Dalami Bahasa Pokok
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kejadian di muka bumi adakah kehendak Yang Maha Esa. Namun suatu yang pasti semuanya hadir dengan fungsi masing-masing tidak kira manusia, binatang juga tumbuh-tumbuhan.
Sebagai contoh penciptaan tumbuhan-tumbuhan terutamanya pokok juga memberi manfaat antaranya kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan, tempat tinggal, pengawalan suhu iklim dan yang terpenting fungsinya sebagai pembekal oksigen.
Namun tahukah anda saintis ketika ini sedang membuat kajian dan cuba mendalami bahasa pokok.
Menerusi satu persidangan , ‘TED Talk’, seorang ahli ekologi, Suzanne Simard, yang sudah 30 tahun melakukan kajian keatas tumbuh-tumbuhan di hutan menjelaskan pokok juga sama seperti manusia, mempunyai bahasa tersendiri dan berkomunikasi sesama mereka.
Tambahnya lagi, hutan sebenarnya ‘lebih’ dari apa yang dilihat manusia. Tidak sekadar bertutur mereka juga membantu sesama sendiri.
Simard yang juga seorang professor di University of British Colombia difahamkan sedang merungkai ‘rangkaian’ yang digunakan kawanan flora tersebut dalam memahami bahasa mereka.
Tonton video tersebut di bawah :