fbpx
Now Reading
Mengapa Manusia Tersedu & Ini Cara Menghentikannya

Mengapa Manusia Tersedu & Ini Cara Menghentikannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedu merupakan perkara biasa bagi manusia, kelihatan comel (oleh sesetengah seorang) sekiranya berlaku sekali dua, namun akan mula terasa jengkel sekiranya anya berlarutan untuk suatu ketika.

Jika diikut pada petua orang tua-tua, sedu disebabkan oleh angin yang menyerang badan ataupun dalam kata lainnya badan terlalu banyak angin.

Namun dari sudut sains , sedu berpunca dari kekejangan atau pengecutan otot diafragma (myoclonic jerk) secara berulang kali disebabkan oleh beberapa faktor.

Foto: MedicalNewsToday

Keadaan ini akan memaksa anda untuk menyedut udara ke dalam tekak, yang akan tersentuh kotak suar sekaligus tali vokal (vocal cords) akan tertutup secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi “hic” –

Punca terjadi sedu

Meskipun sukar mengetahui apa punca sebenar yang menyebabkan sedu, ianya selalu dikaitkan dengan perbuatan makan terlalu cepat (gelojoh) atau makan dan minum sambil bercakap sehingga menyebabkan banyak udara masuk bersama makanan atau minuman.

Foto : Healthy Living

Sedu juga boleh disebabkan oleh pengambilan alkohol dan juga akibat merokok. Selain tu, mereka yang ada masalah Asid Reflux juga selalu mengalami sedu. Dan bercaya atau tidak sedu juga boleh berlaku disebabkan emosi anda seperti berasa bimbang ataupun teruja.

Jadi apakah cara menghilang kannya?

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan sedu iaitu :

#1 Menahan nafas anda

#2 Minum segelas air dengan cepat

#3 Berkumur dengan air

#4 Minum Air ais

#5 Menelan gula pasir

#6 Bernafas ke dalam beg kertas untuk mengganggu corak pernafasan biasa anda

#7 Menutup lubang hidung anda, tutup mulut anda dan cuba hembuskan nafas (manuver Valsalva)

#8 Tarik lutut anda ke dada anda atau bersandar ke hadapan, yang boleh menentang sesuatu yang menjengkelkan diafragma

Namun harus diingatkan sedu yang berterusan lebih dari sehari sebenarnya bukan sesuatu yang normal. Ia mungkin dikaitkan dengan kemungkinan penyakit saraf, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, paru-paru berair dan kemungkinan dari kesan sampingan ubat.

Justeru jika mengalami sedu lebih 48 jam, segeralah berjumpa pakar perubatan . Jangan pandang remeh isu ini!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.