fbpx
Now Reading
H&M Bakal Tutup 250 Butik Tahun Depan

H&M Bakal Tutup 250 Butik Tahun Depan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan H&M adalah antara jenama pakaian yang menjadi pilihan anak muda di seluruh dunia.

Kelebihan ini memberikan mereka status sebagai pengeluar fesyen kedua terbesar di dunia dimana butik mereka boleh dilihat di merata-rata tempat di seluruh dunia.

Namun penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak merubah segalanya. Menerusi laporan CNN, H&M bakal menutup 250 butiknya di pelbagai lokasi.

Pengumuman ini tidak sampai beberapa bulan selepas mereka membuat keputusan menutup 170 butik mereka pada Jun lalu .

Semuanya dengan tujuan sama iaitu untuk memberikan lebih penumpuan pada penjualan secara online bagi mengelakkan kerugian memandangkan trend terkini pembelian banyak dilakukan secara online.

“Semakin banyak pelanggan mula membuat pembelian secara online sejak pandemi bermula ” kata CEO H&M Helena Helmersson memetik laporan dari CNN, Jumat (2/10).

Sebagai rekod sewaktu kemuncak Covid-19 di seluruh dunia, syarikat yang berasal dari Sweden itu juga sama seperti perusahaan fesyen lain terpaksa menutup sementara butik mereka.

Namun satu yang harus diingatkan, penutupan 250 cawangan ini tidak akan menukar status mereka sebagai salah satu pengeluar fesyen terbesar memandangkan mereka masih lagi mempunyai lebih 5000 butik di serata dunia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.