fbpx
Now Reading
Mahasiswa Terpaksa Daki Bukit Untuk Dapatkan Signal Internet Untuk Hadir Konvokesyen ‘Online’

Mahasiswa Terpaksa Daki Bukit Untuk Dapatkan Signal Internet Untuk Hadir Konvokesyen ‘Online’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat penularan virus Covid-19 yang masih belum reda ini menyebabkan ramai yang cuba mempraktikkan gaya hidup yang baru di dalam norma baharu ini.

Itulah yang dihadapi oleh seorang mahasiswa yang tinggal di kampung terpencil di Pasia Laweh yang bersusah payah untuk menghadiri majlis konvokesyen yang diadakan secara online itu.

Ahmed Krismon yang berusia 22 tahun itu, telah menamatkan pembelajarannya dalam jurusan Perbankan Syariah di Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Dia terpaksa menaiki motosikalnya sejauh dua kilometer dan mendaki bukit setinggi 200 meter untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyennya secara online itu bersama ibu bapanya.

“Pihak kampus menjalankan majlis konvokesyen secara maya kerana kes Covid-19 di Indonesia yang terus mencatatkan peningkatan.

“Jadinya, selepas lengkap mengenakan jubah konvokesyen, saya bersama ibu bapa naik ke atas bukit bagi meraikan detik manis itu,” katanya yang dipetik daripada laporan berita Kompas.com.

Biarpun terpaksa bersusah payah demi untuk menyertai majlis konvokesyen itu, namun dia mengatakan bahawa itu adalah saat yang paling dinantikan olehnya kerana berjaya menamatkan pengajiannya itu.

Tambahnya lagi, dia juga berharap agar kemudahan internet di kampungnya dapat dipertingkatkan supaya penduduk kawasan itu tidak perlu mendaki bukit untuk mendapatkan liputan.

“Jika masalah ini terus berlaku, ia menyukarkan penduduk mendapat akses maklumat dengan dunia luar,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.