fbpx
Now Reading
Di Gelar ‘Aquaman’ Malaysia, Rupanya Pakcik Ini Ada Kuasa Panggil Burung Dengan Sebut Titi, Titi, Titi

Di Gelar ‘Aquaman’ Malaysia, Rupanya Pakcik Ini Ada Kuasa Panggil Burung Dengan Sebut Titi, Titi, Titi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aksi seorang pakcik yang memberi makanan kepada burung merpati dengan cara yang unik itu terakam oleh salah seorang pemilik akaun Twitter, Fariz Ikhwan menerusi telefon bimbitnya.

Menerusi video yang berdurasi 48 saat itu menunjukkan Pakcik Hasfani hanya melaungkan nama Titi tersebut sebelum dikerumuni puluhan burung merpati.

Pakcik Hasfani (tengah)

Gelagat Pakcik Hasfani ini menyebabkan dia digelar AquaMan yang mempunyai kuasa untuk memanggil haiwan iaitu burung merpati ke arahnya.

Tambahnya, pakcik Hasfani ini suka berkongsi rezeki terutamanya dengan puluhan burung merpati. Dia juga mengatakan dia sudah berkongsi rezeki dengan puluhan burung merpati itu sejak lebih 19 tahun lagi.

Dalam pada itu, jika pakcik tersebut menjerit memanggil nama Titi, akan datang puluhan burung merpati ke arahnya, seolah-olah burung merpati sudah faham akan rezeki menanti mereka.

Ditambah pula, apabila rata-rata yang melihat perkongsian video itu mengenali pakcik tersebut yang bekerja di restoran Hussain Nasi Kandar di Sungai Petani.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan komen yang positif terhadap pakcik tersebut dan ramai yang mendoakan agar dilimpahkan rezeki ke atas pakcik tersebut.

Biarpun begitu, menurut pandangan Islam, perbuatan pakcik Hasfani memberikan makanan kepada makhluk ciptaan Allah SWT, merupakan pahalan yang besar buatnya.

Tidak rugi jika kita berbuat baik kepada haiwan, apatah lagi berbuat baik kepada manusia. Pasti besar ganjaran pahala yang menanti buat kita semua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.