fbpx
Now Reading
5 Tanaman Yang Mampu Cantikkan Ruangan Dapur & Menghapuskan Bau Busuk Di Dalam Rumah

5 Tanaman Yang Mampu Cantikkan Ruangan Dapur & Menghapuskan Bau Busuk Di Dalam Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain memiliki kawasan rumah yang cantik, pasti ramai juga yang mengidamkan memiliki ruangan dapur yang cantik dan bersih. Baru kita rasa selesa mengunakannya untuk memasak, betul tak?

Tapi, jika kita sering mengunakan ruangan dapur dengan kerap akan menjadi tumpuan pelbagai bakteria dan kuman berkumpul selain bau masakan yang melekat di dinding ruangan dapur kita.

Jadi, saya sarankan korang untuk menanam tumbuhan yang boleh diletakkan di ruangan dapur bagi menyerap bau selain menjauhkan serangan seperti semut dan lipas.

Untuk itu, saya listkan lima tanaman yang sesuai untuk diletakkan di ruangan dapur anda:

  1. Lidah buaya
  2. Nama saintifik: Aloe Vera
  3. Kelebihan: Boleh tumbuh subur di tempat yang kering, panas dan bercahaya dan mampu menyegarkan ruang dapur selain baik untuk kulit dan boleh dijadikan salad atau jus.
  • Spider plant (Lili Paris)
  • Nama saintifik: Chlorophytum Comosum
  • Kelebihan: Tidak memerlukan sinaran matahari yang banyak dan mampu tumbuh dengan segar dalam ruangan lembap. Selain sesuai dijadikan perhiasan di rumah, ia mampu menyerap bau dan serangga (sesuai diletakkan diatas kabinet atau tempat letak pinggan mangkuk).
  • Pothos (Pokok Duit)
  • Nama saintifik: Epipremnum Aureum
  • Kelebihan: Mampu tumbuh tanpa cahaya matahari, meningkatkan kelembapan dalam udara selain cukup efektif menyerap racun daripada udara.
  • Pokok Ong
  • Nama saintifik: Zamioculcas Zamiifolia
  • Kelebihan: Mampu membersihkan udara selain ia dapat tahan terhadap suhu kering.
  • Snake plant (Lidah jin)
  • Nama saintifik: Sansevieria
  • Kelebihan: Tidak memerlukan cahaya yang terlalu kerap untuk kekal hidup kerana dapat bertahan selama berminggu-minggu dan dapat membersihkan bahan kimia beracun daripada ruang udara.

Jadi, selepas ini bolehlah korang cantikkan ruangan dapur korang selain dihiasi dengan tumbuhan yang segar. Baru nampak lagi segar dan cantik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.