fbpx
Now Reading
Majlis Kahwin Unik, Pasangan Pengantin Ini Anjur Majlis Sanding Secara Pandu Lalu

Majlis Kahwin Unik, Pasangan Pengantin Ini Anjur Majlis Sanding Secara Pandu Lalu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka majlis perkahwinan mereka menjadi tular gara-gara keunikan yang dilakukan semasa majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Pasangan pengantin, Roma Popat dan Vinal Patel yang baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar Oktober yang lalu, melangsungkan majlis perkahwinannya secara pandu lalu.

Majlis perkahwinan mereka yang turut disaksikan seramai 250 orang tetamu yang duduk di dalam kereta sepanjang majlis berlangsung di Braxted Park, Chelmsford, Essex, London.

Menerusi laporan portal dari Mirror.UK, pasangan ini telah merancang konsep menerima tetamu secara pandu lalu selama 3 minggu bagi mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Britain sejak penularan Covid-19.

“Kami datang daripada dua buah keluarga besar dan perkahwinan adalah keraian penting dalam tradisi kami.

“Jika mengikut SOP, hanya 15 tetamu sahaja dibenarkan bagi seorang pengantin jadi kuota itu kami berikan kepada keluarga terdekat. Tetamu lain duduk di dalam kereta dan menonton upacara perkahwinan menerusi skrin besar di ruang parkir,” kata Roma.

Tambahnya lagi, setelah upacara perkahwinannya selesai, mereka akan menaiki kereta buggy dan menyapa para tetamu yang berada dalam kenderaan masing-masing secara pandu lalu.

Sepanjang majlis perkahwinan yang berlangsung selama empat jam itu turut disaksikan seramai 300 tetamu yang lain menerusi penstriman video yang dikongsikan itu.

“Seronok melihat tetamu yang tetap bersiap cantik walaupun hanya duduk di dalam kereta. Saya gembira kerana majlis perkahwinan kami tetap meriah walaupun dalam keadaan begini.

“Sejak tarikh asal perkahwinan ditunda dari bulan April ke Oktober kerana wabak korona, saya berazam unutk tidak membiarkan Covid-19 merosakkan hari bahagia kami,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.