Now Reading
Hasrat Berjumpa Tak Tercapai, Ini Luahan Hati Abdulfattah Buat Anak Kandungnya Steve Jobs

Hasrat Berjumpa Tak Tercapai, Ini Luahan Hati Abdulfattah Buat Anak Kandungnya Steve Jobs

Ramai yang tidak mengetahui tentang kisah kehidupan peribadi Steve Jobs sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada 5 Oktober 2011, sekitar sembilan tahun yang lalu.

Steve Job sebenarnya merupakan anak angkat dimana ibu dan bapa kanduungnya masih lagi hidup

Kredit: Gulf News

Ayah kandungnya, Abdulfattah John Jandali merupakan seorang imigran Muslim dari Syria. Selepas kematian Jobs, Abdulfattah meluahkan rasa sedih kerana hasratnya untuk bertemu dengan anak kandungnya itu tidak tercapai.

Tambahnya lagi, hasratnya yang mahu duduk sambil minum kopi dan berbual bersama anak kandungnya, yang tidak sempat dia temui.

Difahamkan, keadaan yang membuatkan Jandali dan Joanne Schieble terpaksa menyerahkan bayi kecil tersebut untuk dijadikan anak angkat.

Steve Jobs yang dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco itu diambil menjadi anak angkat kepada Paul dan Clara Jobs sejurus selepas jobs dilahirkan.

Kredit: Timetoast

Keluarga angkat Jobs itu tinggal di Silicon Valley yang merupakan kawasan industri elektronik di Amerika Syarikat.

Namun, hasrat Jandali musnah apabila Jobs disahkan meninggal dunia akibat barah pankreas di kediamannya di Palo Alto, California pada sembilan tahun yang lalu.

Menurut petikan dari Dailymail, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jandali mengakui dia baru sahaja mengetahui anaknya merupakan ‘orang besar’ di sebuah syarikat komputer berprestij di dunia.

Biarpun keinginannya yang mahu bertemu dengan Jobs, namun dia mengakui tidak berani memanggil Jobs kerana bimbang anaknya itu keliru dan menganggap Jandali mengejar Jobs, yang kini sudah terkenal dan kaya.

Tambahnya lagi, dia berulang kali menghantar pesanan e-mel yang mengajaknya untuk bertemu, tapi tidak pernah dijawab oleh Jobs.

“Sekarang, saya tak punya apa-apa lagi untuk dikatakan,” ujar Jandali.

See Also

Jandali yang begitu terkesan atas pemergian anaknya itu mengakui seandainya keputusan itu berada di tangannya, dia tidak akan menyerahkan anaknya itu kepada keluarga angkat. Namun, keputusan tersebut dibuat oleh isterinya itu, Joanne yang merupakan ibu kandung kepada Jobs.

Kredit: Mizan Publishing

Joanne yang terpaksa membuat keputusan tersebut oleh kerana ayahnya sendiri yang tidak menginginkan menantu imigran Syria.

Selepas itu, Joanne yang terpaksa berpindah ke San Francisco bersama bayinya itu memutuskan untuk melepaskan Jobs. Layanan Jobs terhadap ayah kandungnya berbeza dengan ibu kandungnya itu.

Ini kerana, Jobs yang menerima ibu kandungnya dan juga adiknya, Mona Simpson yang bertemu setelah dewasa. Mona lebih bernasib baik kerana dia dilahirkan setelah Jandali dan Joanne sah bernikah beberapa bulan setelah Jobs diserahkan kepada keluarga angkat.

Sehubungan itu, Mona dan Jobs memiliki hubungan yang cukup akrab. Mona yang merupakan pengarang buku terkenal, Anywhere but Here, mendedikasikan karyanya untuk Jobs.

Dia juga sempat menulis buku lain yang berjudul A Regular Guy yang diilhamkan dari hubungan mereka berdua.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.