fbpx
Now Reading
Lawak Habis! Cover Lagu Sambil Melawak, Suara Merdu Pemuda Ini Raih Pujian

Lawak Habis! Cover Lagu Sambil Melawak, Suara Merdu Pemuda Ini Raih Pujian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan gelagat seorang pemuda yang meniru suara artis Malaysia sehingga meraih perhatian ramai di sosial media.

Menerusi postingan yang dibuat oleh @amsyar_lee di akaun Twitter miliknya itu, dia yang membuat kompilasi ‘Tiru Suara Challenge’ itu mengejutkan ramai orang kerana bakatnya yang luar biasa dan personalitinya yang melucukan.

Amsyar yang mampu melontarkan suara merdu itu meniru suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan lain lagi.

Lebih melucukan lagi apabila dia yang cuba meniru suara Ziana Zain dan cuba mengajuk karakter selebriti tersebut. Rata-rata ramai yang memuji pemuda ini kerana gelagatnya sangat menyerupai personaliti selebriti berkenaan.

Tambah pula, ramai yang terhibur dengan kemampuan yang dimilik oleh pemuda ini kerana mampu meniru bermacam-macam suara selain personalitinya yang kelakar itu.

Video tersebut sudah meraih tontonan sebanyak 151,800 ribu dan 7,900 tanda suka di laman Twitter miliknya itu.

Tidak kurang juga, ramai yang mengagumi akan kebolehannya mengajuk suara penyanyi perempuan. Jika hanya mendengarkan suaranya sahaja pasti ramai yang menganggap pemuda ini merupakan seorang wanita.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.