fbpx
Now Reading
Hijab Terbuka? Kanak-Kanak 2 Tahun Kerap Menyapa Teman Misteri [Video]

Hijab Terbuka? Kanak-Kanak 2 Tahun Kerap Menyapa Teman Misteri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Heboh di Tiktok, kisah seorang kanak-kanak yang dikatakan menyapa teman misteri nya. Affan merupakan kanak-kanak kecil yang terbuka hijabnya, dan kerap bercakap seorang diri.

Menurut Amelia, perkongsian video-video pendek akan sikap anaknya itu bukan lah pengalaman baru untuknya. Segalanya bermula pada dua tahun lepas, ketika dia mengandungkan Affan sewaktu di United Kingdom (UK).

Kredit: mStar

“Cerita bermula ketika saya mengandungkan Affan. Ketika kandungan berusia tiga hingga empat bulan, saya kerap bermimpikan seorang kanak-kanak perempuan. Waktu itu, saya dah habis belajar, dan hanya menemankan suami di sana.

“Waktu tu, saya ingat saya hamil anak perempuan. Selain tu, saya juga turut bermimpikan seorang nenek tua datang pegang perut. Suami juga mengatakan saya meracau ketika tidur.

@ameliakashah

Part 2 : Haunted apartment. Follow for more #storytime 👻 #horrorstory

♬ original sound – Ameliaaa – Ameliaaa

“Tahun lepas balik malaysia, keadaan Affan semakin teruk. Dan dia pon dah pandai cakap sikit-sikit. Kat UK tak adalah teruk sangat. Sebab dia masih kecil,” katanya lagi.

Menurut ibu Affan, anaknya seolah-olah terbuka hijab. Berikutan dia menyapa entiti misteri yang tidak boleh dilihat mata kasar manusia.

“Sejak setahun lepas, Affan mula tegur tegur sendirian waktu malam. Malahan main tarik selimut seorang diri pada pukul 12 malam.

“Bila saya baca ayat al-quran, terus Affan kata bye. Dia tunjuk ke arah penjuru.

@ameliakashah

Part 1 : my son can see ghost! Follow for more horror stories! 👻 #horrorstory #storytime

♬ original sound – ♥︎Mikaela♥︎

“Ada satu masa, kami sewa di sebuah apartment, Affan tegur sesuatu di tingkap pada waktu magrib. Esoknya terus dia demam,” tambahnya lagi.

Kredit: mStar

Amelia menyatakan bahawa dia mengalami demam panas, seminggu selepas melahirkan Affan dan pengsan. Dia dikejarkan ke hospital.

Menurut suami Amelia, ketika di hospital, dia seolah-olah mempunyai tenaga luar biasa dan mengamuk dalam keadaan tidak sedarkan diri. Meski pun begitu, Amelia langsung tidak dapat mengingati apa-apa berkaitan peristiwa tersebut.

Ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun itu turut membawa Affan berjumpa ustaz. Malahan, apabila kanak-kanak tersebut dibawa berubat, pengamal perubatan tradisional turut menyatakan bahawa terdapat ganguan makhluk halus serta benda tersebut sudah lama mengikut Affan.

Menurut ibu Affan lagi, kini ganguan semakin kurang. Sungguh pun anaknya memerlukan masa untuk pulih, dia sangat bersyukur kerana setidaknya, Affan boleh jadi seperti kanak-kanak lain.

Kakak! “Affan takut kakak”

Amelia menegaskan bahawa perkongsian ini sekadar untuk berkongsi kisah yang dialami keluarganya. Bukan untuk meraih populariti.

Antara video seram tular yang merakamkan aksi Affan seolah-olah menegur entiti misteri mendapat tontonan sebanyak 120,000 orang. Malahan, ada juga video Affan yang lain, menerima lebih 1.2 juta tontonan.

Diharap, segala ganguan ini dapat dihentikan dan Affan boleh melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.