Now Reading
Tak Tahu Nak Tengok Cerita Apa? Ini 5 Movie Yang Korang Boleh Layan Masa PKPB

Tak Tahu Nak Tengok Cerita Apa? Ini 5 Movie Yang Korang Boleh Layan Masa PKPB

Tak tahu nak tonton movie apa yang best dekat rumah? Ini antara movie yang wajib korang tengok dengan member atau family.

Berikut, kami listkan movie yang best dan membuatkan korang tak duduk diam and korang juga boleh cari movie yang kami listkan ini dekat Netflix dan juga Iflix.

Tapi, sebelum tu bawa makanan sambil tonton filem, fefeeling macam tengok dekat wayang. Baru namanya tengok movie.

1. Mulan

Filem ini yang diadaptasikan daripada cerita lagenda mengenai pahlawan wanita iaitu Hua Mulan. Mulan menyamar sebagai lelaki supaya dapat mengantikan posisi ayahnya dalam tentera. Dia yang memiliki kuasa hebat mampu mengalahkan kumpulan penganas. Namun, sikit demi sikit kuasanya mulai hilang.

2. A Quiet Place Part II

Filem ini merupakan kesinambungan dari filem ‘A Quiet Place’ dimana ahli keluarga Abbot yang terselamat berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka. Namun, mereka mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka selain makhluk asing yang memburu mengunakan deria bunyi.

2. Dolittle

Buku ‘The Voyages of Doctor Dolitte’ itu dijadikan filem arahan Stephen Gaghan. Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli fizik yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan. Namun, perwatakannya mulai berubah apabila isterinya meninggal dunia dalam satu tragedi.

See Also

3. Sonic The Hedgehog

Filem yang mengisahkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang diberi nama Sonic ini mempunyai kehebatan yang berbeza. Dia yang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr.Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia mengunakan kuasanya. Sonic kemudiannya berkerjasama dengan Tom Wachowski yang merupakan bekas polis San Francisco itu bersama-sama menentang Dr.Robotnik.

5. M4M4

Alya yang memiliki perwatakan yang ceria dan cantik itu sedang menyambut kelahirannya yang ke 15 tahun bersama dua rakan baiknya. Ibunya, Aini yang menunggu anaknya pulang untuk meraikan hari jadi Alya bertukar malang apabila Alya pulang dalam keadaan dirinya tidak bermaya. Sejak dari itu, kehidupan mereka berdua sering diganggu oleh sekumpulan lelaki samseng.

Ini merupakan Top Five Movies yang best untuk korang wajib tonton semasa berada di rumah. Korang juga boleh kongsikan movie yang korang rasa best juga untuk kami kongsikan kepada orang ramai. #Juststayathome

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.