fbpx

Indah Khabar Dari Rupa, Pelanggan Hampa Selepas Terima Kek Seperti…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita dilaporkan terpaksa menanggung kerugian melebihi RM250 berikutan kek yang ditempahnya tidak seperti yang digambarkan.

Sam Faulkner berasal dari Reading, England berniat untuk melakukan kejutan bagi hari lahir adiknya, Graham yang ke-30 dengan menempah sebiji kek daripada seorang pembuat kek tempatan, Emma Beth. Sam meminta agar Emma meghias kejutan tersebut seperti mana yang telah dihasilkan oleh sebuah kedai terkemuka, Caker Street.

Sam membuat bayaran sebanyak RM268 sejurus selesai membuat persetujuan bersama Emma, dan meminta agar kek tersebut didekorasi berlatarkan warna biru tasik serta mempunyai ikan yang melompat, batang pancing, jeti kecil, tumbuhan dan papan tanda yang ditulis `Selamat Hari Jadi`.

Indah khabar dari rupa, Sam merasa kecewa selepas kek yang ditempahnya itu, seolah-olah dibuat oleh kanak-kanak, dan terlalu berbeza dengan yang digambarkan oleh Sam. Malahan, di kek tersebut, turut kelihatan beberapa helai bulu anjing.

Rentetan dari peristiwa itu, ibu Sam telah memuat naik foto mengenai insiden malang itu di salah sebuah akaun media sosialnya. Paling tidak disangka-sangka, mangsa Emma tampil untuk menghubungi keluarga Sam dan meluahkan kekecewaan yang mereka alami.

Keluarga Sam berusaha untuk menghubungi Emma, dah ianya menjadi sia-sia apabila akaun media sosial mereka disekat olehnya. Bahkan Emma turut memadamkan akaun Facebooknya.

Setelah mendapat kecaman dan asakkan dari orang ramai, akhirnya Emma tampil dengan memberi ganti rugi sebanyak RM80.  Namun, Sam merasakan bahawa perkara ini tidak sepatutnya berulang lagi. Dia tidak berdiam diri dan membawa kes ini ke pihak Piawaian Perdagangan agar tiada lagi yang menjadi mangsa sepertinya.

Ekoran dari kejadian itu, rakan karib Graham iaitu Andy dan John telah membuat kejutan untuk sahabatnya dengan menghadiahkan sebiji kek yang dibuat oleh pembuat kek professional pada 16 oktober lalu. di rumah Graham, di Calcot.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.