fbpx
Now Reading
Macam Tak Percaya, Ini 8 Jenis Fobia Pelik Yang Tak Sangka Wujud

Macam Tak Percaya, Ini 8 Jenis Fobia Pelik Yang Tak Sangka Wujud

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau cakap pasal fobia, berapa peratus korang tahu mengenainya dan pernah tak korang terfikir korang ada fobia yang mungkin tak tahu?

Fobia merupakan ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu perkara, objek atau situasi seperti ketinggian, tempat gelap, kawasan sempit atau binatang berbisa.

Tapi, korang mesti terkejut sebab banyak lagi jenis-jenis fobia yang wujud namun tidak masuk dek akal dan pelik.

Jadi sebelum itu, kami dah senaraikan 8 jenis fobia yang paling pelik. Jom tengok!

1. Pentheraphobia

Ia merupakan fobia terhadap ibu mertua. Bunyi yang agak pelik namun ia pernah berlaku kepada sesetengah orang.

2. Peladophobia

Sejenis fobia terhadap orang yang botak. Tak pasti sebab apa, mungkin ada sejarah silam mereka dengan orang botak kot? Kesian orang botak, terkena jugak mereka

3. Arachibutyrophobia

Korang pernah tak makan peanut butter, selepas itu terkena situasi ia melekat di lelangit mulut kita. Orang yang mempunyai fobia ini mempunyai ketakutan yang melampau dan takut kalau peanut butter melekat di lelangit mereka. Malah, mereka juga akan berpura-pura ada alahan terhadapnya.

4. Anatidaephobia

Fobia ini ialah ketakutan diperhatikan oleh itik dari belakang. Ia boleh membuatkan mereka tidak tentu arah bila itik berjalan di belakang mereka.

5. Caligynephobia

Mesti ramai lelaki terutamanya remaja ada fobia jenis ini. Ia merupakan fobia terhadap perempuan cantik. Biasanya, jenis fobia begini dikaitkan dengan seseorang yang nerd tapi hakikatnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bila berdepan dengan perempuan cantik, mereka jadi tak keruan, berpeluh dan mengeletar dibuatnya. Macam pelik tapi benar, bukan?

6. Ablutophobia

Fobia ini bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi memberi kesan kepada orang lain juga iaitu fobia terhadap mandi. Bayangkan bila berdepan dengan mereka yang tak mandi. Mesti kurang enak baunya, kan?

7. Chorophobia

Orang yang menhidap fobia ini akan mengalami kegelisahan yang luar biasa apabila disuruh mandi. Mungkin disebabkan rasa malu atau sesuatu pernah berlaku kepada mereka sehinggakan mereka takut untuk menari.

8. Cathisophobia

Macam kelakar bunyinya, tapi fobia ini wujud tau. Casthisophobia ini merupakan fobia untuk duduk. Biasanya mereka yang mempunyai fobia ini pernah berhadapan dengan trauma yang menyebabkan mereka ada ketakutan sebegini. Menurut teori, mungkin mereka ada sejarah pernah dibuli untuk duduk di atas objek tajam atau didera secara mental ketika duduk.

Kalau baca pun dah rasa pelik apatah lagi nak percaya benda macam ini kan? Tapi, itulah yang dihadapi sesetengah orang yang mempunyai ketakutan melampau terhadap sesuatu benda. Mungkin mereka mempunyai masa silam yang mengerikan atau trauma yang teruk sehingga mereka ada fobia macam itu.

Jadi, kalau korang ada jenis fobia yang pelik, jangan pernah malu dan segan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar tau!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.