fbpx
Now Reading
Macam Kucing Biasa, Tapi Choupette Mewarisi Harta Bernilai RM815 Juta

Macam Kucing Biasa, Tapi Choupette Mewarisi Harta Bernilai RM815 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biasa kita sering mendengar kisah-kisah orang terkaya, tapi kali ini pastinya akan membuatkan orang ramai terpaku dan tergamam olehnya.  

Siapa sangka haiwan peliharaan mampu menjadi haiwan terkaya sehingga mendapat gelaran jutawan lagi!

Kekayaan yang diwarisi oleh kucing comel ini berjaya mengalahkan beberapa usahawan di Malaysia. Lebih mengejutkan, kekayaannya mencecah jutaan ringgit bahkan lebih daripada itu.

Biarpun terlihat seolah-olah seperti kucing biasa, si comel yang dikenali sebagai Choupette ini merupakan haiwan peliharaan kepada pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld.

Choupette yang berbaka Burma ini mewarisi harta bernilai RM815 juta yang merupakan kekayaan yang dikumpul oleh tuannya.

Tambahan pula, kucing tersebut diangkat menjadi pewaris harta semenjak kematian tuannya itu sekali gus menjadikan Choupette, kucing paling kaya.

Kisah mengenai Lagerfeld ini, dikatakan tidak pernah berumah tangga sejak kehilangan ‘temannya’ itu. Beliau yang pernah menjalinkan hubungan songsang dengan seorang model Perancis, Jacques De Bascher selama 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersendirian.

Pereka fesyen ini memilih untuk menghabiskan masanya di Apartment Reu De L’Universite, Paris dan Manhattan dan kemudiannya, beliau memelihara seekor kucing betina yang diberi nama Choupette bagi menghilangkan kesunyiannya itu.

Pada Jun 2013, si comel ini diberikan sebagai hadiah buat Lagerfeld daripada Baptiste Giabiconi, model Perancis dan beliau pernah berkata sanggup berkahwin dengan kucing itu jika perkahwinan itu sah! Kerana menurutnya, membesarkan seorang anak akan menjadikan seseorang itu terlihat seperti 100 tahun.

“Saya lebih selesa membela seekor kucing dari mengambil anak angkat,” dia yang berkata dalam nada bergurau.

Namun, menyedihkan apabila Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Kota Fesyen Paris. Dia merupakan pengarah kreatif Chanel itu pernah menghasilkan koleksi pakaian dibawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.

Betapa beruntungnya si Choupette kerana mewarisi segala aset yang dimiliki oleh tuannya semasa Lagerfeld masih hidup lagi.

Korang sanggup tak tinggalkan harta korang buat haiwan peliharaan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.