fbpx
Now Reading
Craving Nak Makanan Korea? Ini Resepi Homemade Tteokbokki

Craving Nak Makanan Korea? Ini Resepi Homemade Tteokbokki

Wah! lepas ni dah tak perlu bayar mahal-mahal, dah boleh buat sendiri dekat rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja tteokbokki, pasti ramai yang mengenali makanan ini terutamanya tidak asing bagi peminat K-pop.

Mana taknya, ia merupakan hidangan paling popular di negara sana.

Namun, tentunya harga menu tersebut agak mahal jika di Malaysia dan hanya boleh dinikmati di restoran makanan Korea apatah lagi bahannya yang sukar didapati di sini.

Tapi bagi korang yang mahu mencuba menu ini, sis Zurina Zulkefli ada kongsikan resepi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia. Jom cuba!

BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK BERAS:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam

CARA MEMBUAT KEK BERAS:

  • Campurkan semua bahan dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Uli doh memanjang dan potong kecil.
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Sapukan minyak bijan pada pinggan. Letak potongan kek beras dan kukus selama 5 minit.
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Setelah siap dikukus, rendam kek beras ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalannya.
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Ketepikan kek beras dan sedia untuk menyediakan sos tteokbokki.
Kredit: Zurina Zulkefli

BAHAN UNTUK KUAH TTEOKBOKKI

  • 3 ulas bawang putih (siap dicincang)
  • Sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan pes cili giling
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Gula
  • 1 sudu teh stok ayam (jika nak pedas, boleh masukkan sos gochujang korea)
  • Beberapa batang sosej (dihiris ikut saiz yang dimahukan)
  • Telur rebus

CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. Masukkan sos gochujang korea jika mahu rasa tteokbokki yang pedas.
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Kacau rata hingga sos likat dan mempunyai rasa pedas dan manis.
  • Kemudian, masukkan kek beras dan hirisan sosej ke dalam kuah (masak selama beberapa minit)
Kredit: Zurina Zulkefli
  • Hidangkan tteokbokki yang telah siap bersama telur rebus dan taburkan sedikit biji bijan ke atas permukaan tteokbokki.
Kredit: Zurina Zulkefli

Akhirnya, dah siap pun tteokbokki kita, korang yang mengidam nak makan makanan Korea tu bolehlah cuba resepi ini dari sis Zurina. Kalau nak kami kongsikan lagi resepi-resepi menarik jangan lupa komen saja ya!

Selamat mencuba korang!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.