fbpx
Now Reading
“Semoga Abah Gembira Ada Rumah Sendiri” – Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Ayahnya [Video]

“Semoga Abah Gembira Ada Rumah Sendiri” – Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Ayahnya [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Demi ayah, seorang pelawak dan penyampai radio iaitu Ajak Shiro menghadiahkan sebuah rumah yang dibina khas di Kluang, Johor.

Biarpun rumah tersebut masih dalam proses pembinaan, tetapi ia merupakan rumah setingkat yang dilengkapi dengan tiga buah bilik tidur.

Melalui postingan di laman Instagram, Ajak terlihat begitu teruja sekali semasa melawat tapak pembinaan rumah baru bapanya, Razak Pakon setelah sekian lama berhajat memiliki kediaman sendiri setelah bersara.

“Alhamdulilah dah nak siap dah rumah, dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kami lapan orang, taka da duit nak buat rumah.

“Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya sambil terharu.

Lebih menarik lagi, Ajak yang juga membuat ‘tour’di sekeliling rumah itu yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Ajak bersama isterinya

“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan Emak membesarkan kami lapan beradik memang taka da.

“Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia yang mengharapkan rumah tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini agar bapanya dapat duduk di rumah baru itu.

“Insya-Allah kalau taka da aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun depan.

“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” ujarnya lagi.

Rata-rata pengikut dan peminat mendoakan kelancaran proses pembinaan rumah bapa Ajak itu di ruangan komen tersebut dan sekali gus mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik kepada Ajak.

Mereka yang juga bersetuju bahawa tidak ada yang lebih mengembirakan selain dapat melihat wajah ibu dan bapa sendiri tersenyum gembira.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.