fbpx
Now Reading
Punca Keracunan Makanan, Papan Pemotong Bercalar 200 Kali Lebih Kotor Dari Tandas

Punca Keracunan Makanan, Papan Pemotong Bercalar 200 Kali Lebih Kotor Dari Tandas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar cakap orang, kita sebagai manusia pasti tidak lari dari berbuat silap terutamanya hal-hal kecil-kecil membabitkan kesihatan.

Soalan kami mudah sahaja. Jenguk ke dapur anda dan lihat sama ada papan pemotong daging/sayur anda, adakah ianya masih elok tanpa seperti baru atau sudah dipenuhi kesan calar-balar, berdaki dan hitam.

Jika ianya kotor, boleh tukar da kot.

Perkongsian terbaru dari Public Heatlh Malaysia melaporkan papan pemotong yang sebegini merupakan salah satu punca utama keracunan makan seterusnya mengakibatkan cirit-birit dan sakit perut.

Ini kerana kesan calar dan rekahan pada permukaan papan pemotong tersebut mungkin terselit kuman berbahaya yang kebiasaannya terdapat pada daging dan ikan seperti Salmonella, E Coli dan banyak lagi.

Tambah PHM, kajian yang telah dilakukan membuktikan setiap 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini bermakna kadar kotor papan pemotong adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas! Dahsyat bukan?

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Jadi kami cadangkan tukarlah dan gantikan papan pemotong sedia ada sekiranya ia sudah mempunyai kesan calar dan berdaki.

Selain itu digalakkan untuk mengasingkan apan pemotong mengikut kegunaan, satu untuk bahan mentah dan satu lagi untuk sayuran dan buah-buahan.

Persoalannya, macam mana dengan papan pemotong di luar sana terutamanya di restoran, kedai makan, pasararaya diluarsana? Adakah ianya di pantau dan diganti?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.