fbpx
Now Reading
Tahniah! Yaya Zahir Duta Global Vans, Sama Level Tony Hawk & Anderson Paak

Tahniah! Yaya Zahir Duta Global Vans, Sama Level Tony Hawk & Anderson Paak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan buat Yaya Zahir yang dilantik menjadi duta global jenama kasut sneakers, Vans.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia yang begitu teruja atas perlantikan tersebut kerana dapat bekerjasama dengan jenama popular seperti Vans antara pencapaian terbaiknya sepanjang tahun 2020 ini.

Tambahan itu, pelantikan ke atas personaliti televisyen ini sekaligus telah meletakkan namanya sebaris dengan nama terkenal iaitu pemain skateboard antarabangsa, Tony Hawk dan penyanyi Amerika Syarikat, Anderson Paak.

“Berita ini akhirnya telah diumumkan kepada semua, sejujurnya ini adalah perkara terbaik yang berlaku sepanjang tahun 2020.

“Saya dilantik sebagai duta global Vans bersama Tony Hawk dan Anderson Paak sempena #vanscheckerboardday.

“Ini menjadi satu penghargaan dan tanggungjawab besar untuk saya membawa nama Vans bersempena dengan Checkerboard Day yang akan memfokuskan tentang peranan kreatif untuk membantu individu dan komuniti dalam isu kesihatan mental seluruh dunia.

“Terima kasih bagi anda yang mengikuti penjalanan saya dan mengemari jenama Vans.

“Saya tidak sabar untuk mewakili Malaysia dan meraikan #vanscheckerboardday 2020 bersama anda semua pada 19 November nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Yaya zahir atau nama sebenar, Zuhairah binti Mohd Zahir ini mempunyai lebih 252k jumlah pengikut di laman Instagram miliknya.

Yaya juga terlihat mendapat ucapan tahniah dan sokongan daripada rakan selebriti antaranya Neelofa, Yuna, Daiyan trisha, Scha Al-Yahya, Shalma Aina, Mira Filzah dan ramai lagi. Tidak terkecuali netizen juga sempat mengucapkan tahniah kepadanya menerusi ruangan komen.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yaya Zahir atas perlantikan duta global bagi jenama kasut sneakers terkenal, Vans. Semoga sentiasa mengharumkan nama Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.