fbpx
Now Reading
Dari Minat Menjadi Kerjaya, Nana Al Haleq Kongsi Tips & Pengalaman Dunia Kecergasan

Dari Minat Menjadi Kerjaya, Nana Al Haleq Kongsi Tips & Pengalaman Dunia Kecergasan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nana Al-Haleq yang dahulunya viral awek cun berbadan sado itu bukan sahaja cantik bahkan memiliki bentuk badan yang menjadi idaman setiap wanita.

Dia yang memiliki senyuman yang menawan ini merupakan seorang selebriti kecergasan yang pernah memasuki sukan bina badan.

Baru-baru ini, Nana yang menjadi tetamu jemputan menerusi sebuah rancangan temubual santai yang dihoskan oleh Fify Azmi dan Hydar Hasnudin, Podcast Malam Jumaat di Youtube channel terbitan Onzz berkongsikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu mula menceburi dunia kecergasan itu.

“Masa umur 26 tahun, dapat first paycheck tu masuklah gym. Then, hire my friend yang kebetulan personal trainer. Jadi Nana pun belajar daripada dia.

Dari nak jadi ‘all single ladies’ terus ke wanita besi

“Jadi daripada situlah start pick up weight lifting. Mula-mula, biasalah kita kan perempuan mestilah nak macam ‘all single ladies’. Then dia tanya I masuk weight lifting ni nak buat apa? Biasalah saya nak punggung yang cantik. Itu jelah goal dia at first.

“Lepas 3 bulan tu dapat apa yang I nak and then my family cakap apa kata you (Nana) cuba buat badan you betul-betul and see how it goes sebab you dah ada foundation already. So, I continue buat and Alhamdulilah…disinilah saya.

“Kalau dulu kita start, kita nak punggung yang cantik, pastu nak shoulder, nak back, nak ribs semua tu kan. Lepastu kita dah pergi competition .

Dia yang juga mengatakan dorongan dan sokongan yang diberikan oleh keluarganya membuatkan beliau menyertai pertandingan yang dianjurkan di Australia pada ketika itu.

Namun, dia memberitahu bahawa fokus dan goalnya sudah berbeza berbanding dahulu dimana kinia dia dilihat lebih feminin, dan penuh ciri kewanitaan selepas mencapai targetnya sebelum ini.

Namun macam sekarang ni kita jadi gegirl jelah. Kita (fokus) pada yang lebih kurang sahaja,” katanya lagi.

“Dunia kecerdasan adalah passion saya”

“I do it because of passion, to be honest I sangatlah vain dan sangat self-confidence. Sebab dulu, kawan-kawan I masa dekat sekolah semua mix, cantik ala-ala mat salleh. Tiba dekat saya eh, muka apa ni kan,” ujarnya sambil bergelak ketawa. So, sebab tulah kawan-kawan saya banyak boys okay, kalau saya lasak macam mana pun takde orang heran, jatuh luka apa ke.

“So, growing up memang I selalu ada masalah dealing with my self-confidence. So bila I do something in fitness, I macam bila nak buat benda ni kena buat betul-betul, symmetry ke tak symmetry sebab I pun ada OCD juga. Everything have to be perfect.

“After 1 year, my family cakap you trained so hard takde niat nak compete ke? I cakap takdelah sebab I do it because of passion, I suka tengok progress dekat badan I, apa lagi yang I boleh challenge dekat diri I lagi,” katanya.

Dia menceritakan sewaktu mula menyertai pertandingan berkenaan sekitar tahun 2016, mengatakan tidak mengambil sebarang tajaan kerana merasakan dirinya masih belum boleh menawarkan sesuatu.

“Back in 2016, Nana pergi Australia sorang-sorang senyap aje kan. Masa tu sponsorship pun Nana tak minta, satu apa pun tak minta. Memang Nana prep sendiri bawa diri sahaja.

“I rasa I nak minta sponsorship tu tak tahu dekat mana I stand, to me if I want to minta sponsorship I know what value I can give to the sponsors in return kan? So that is my style. Jadi, memang rasa poket tu macam berlubang-lubang dia punya kos tu wow. Tapi Alhamdulilah, I was the only Asian girl on stage among 100 of girls, yang lain from Rusia, Australia and other countries.

Dia juga menceritakan keadaannya ketika dia naik ke atas pentas itu berasa gugup dan gementar waktu itu. 

“First time I walk out through the stage, I rasa macam nak ter shii shii banyak kali, tak ingat dah lepas tu gelap dah. Masa dia panggil top 10 dengan nombor giliran kita tu kan nak terjatuh…betul ke betul ke sebab macam tak sangka sebab everybody come in a good package and then they all macam experienced tau.

“And then here come Malaysian girl yang tak pernah compete lepastu pula takde team, you know, but it was wonderful I would have said experiences lah,” dia yang mengimbas kembali detik-detik yang tidak dapat dilupakan itu.

Biarpun dia mendapat Top 5 dalam pertandingan sukan bina badan di Australia itu merasakan bahawa ia salah satu pencapaian terbesar dalam dirinya yang tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.

Pengambilan makanan juga penting

Dalam pada itu, Nana menegaskan pengambilan makanan merupakan sesuatu yang amat penting. Dia juga tidak mengesyorkan pengambilan steroid kerana ianaya sebenarnya memudaratkan kesihatan diri sendiri.

You kena buat satu aktiviti tak kisahlah badminton ke…workout ke…cycling ke, because you like it and its for your own health. Own good! Nana rasa fitness, health datangnya daripada keluarga. Dan yang paling responsible it’s the mom which is youlah kalau dah kahwin atau seorang wanita yang dah berkahwin sebab kalau you tak jaga fitness you, health you, benda ni akan affect husband atau anak-anak you. Apa yang you buat akan reflect tau. It’s a change process.

Nana Al-Haleq

Dia yang sempat memberikan sedikit tips kepada yang mahu menguruskan badan namun khuatir niat mereka tidak dipersetujui orang terdekat. Jelasnya semua wanita harus berterus terang dan bercakap jujur dengan apa yang mereka mahukan.

“This is what I’m going through, you kena jujur sejujurnya. Bila orang dah faham apa kondisi you, kenapa you buat macam tu, apa objective you jadi ia boleh jadi satu sokongan. Sama juga dengan suaminya.

Kalau I pergi gym, I nak kurus I sihat. So I boleh jaga you(suami) dengan baik. Then dia boleh understand sama juga dengan pemakanan.

“Kalau you sorang saja yang makan makanan sihat tapi tak menghasut husband you atau pun family you yang lain untuk makan sihat. Benda tu takkan sampai,” menurutnya dari sudut kesihatan.

Sebab itu, kita perlu sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak terlalu berlebihan agar tidak menjejaskan kesihatan kita. Biarlah lakukan sedikit dan lakukan perubahan agar badan dan kesihatan kita terjamin. Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, ia juga membantu kita dari segi kesihatan mental, jadi hidup cergas minda pun cerdas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.