fbpx
Now Reading
Ulang Tahun Ke-10, Uniqlo Umum Bakal Buka Stor ‘Stand-Alone’ Pertama Di Damansara Avenue

Ulang Tahun Ke-10, Uniqlo Umum Bakal Buka Stor ‘Stand-Alone’ Pertama Di Damansara Avenue

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi para pengemar fesyen pasti sudah tidak sabar lagi apabila jenama pakaian Jepun, Uniqlo bakal membuka butik tunggal mereka pada bulan Disember kelak bersempena menyambul ulang tahun mereka yang ke-10 di Malaysia.

Cawangan tersebut bakal dibuka bersebelahan Jalan SA Square@ Damansara Avenue yang berdekatan dengan Bandar Sri Damansara itu. Ianya direka khas dengan keluasan yang dijamin dapat memberikan keselesaan kepada para pelanggannya selain jumlah bersesuian dengan jumlah staf di sana.

Kredit: Grad Malaysia

Biarpun sesetengah jenama terpaksa gulung tikar dan menutup operasi cawangan mereka di beberapa tempat, namun Uniqlo kelihatan berani membuka satu lagi cawangan baru walaupun dalam keadaan penularan wabak Covid-19 ini.

Kredit: Instagram/ Uniqlo Malaysia

Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Fahreinheit 88 Bukit Bintang, jenama ini masih kekal diminati setiap lapisan masyarakat. Ini kerana Uniqlo sangat mementingkan keselesaan pelanggan yang memakai jenamanya selain kualitinya yang tahan lama dan rekaan minimal yang kreatif.

Rata-rata ramai yang tidak sabar menantikan pembukaan butik Uniqlo yang pertama terutamanya peminat jenama pakaian dari Jepun ini. Mereka juga menunggu pengumuman promosi atau jualan khas sempena pelancaran butik tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.