fbpx
Now Reading
Universiti Di Jepun Tawar Pengajian Ijazah Anime & Manga

Universiti Di Jepun Tawar Pengajian Ijazah Anime & Manga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Jepun, pasti semua orang sudah terbayangkan teknologi dan tahap disiplin rakyat mereka. Selain itu antara perkara lain yang sinonim dengan negara matahari terbit itu adalah Manga dan juga Anime.

Mempunyai peminat dari pelusuk dunia, terdapat jutaan siri dan tajuk manga mahupun Anime yang digemari dari dahulu antaranya Naruto, Doraemon Dragon Ball, Sailor moon dan banyak lagi.

Kesemua naskah dan series ini membuatkan ramai orang mula berminat untuk mempelajari teknik penerbitan animasi yang berasal dari Jepun ini, namun ternyata ianya agak sukar memandangkan sekolah dan universiti animasi di dunia lebih cenderung kepada teknik animasi dunia barat.

Foto: Universiti Profesional Kaishi, Niigita

Namun tahukah anda, sebuah Universiti di Jepun kini boleh menjadikan impian anda satu kenyataan.

Universiti swasta tersebut iaitu Universiti Profesional Kaishi mewujudkan Fakulti Anime dan Manga, yang baru sahaja diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun.

Difahamkan universti yang terletak di Bandar Niigata, utara Tokyo itu bakal merasmikan fakulti terbaharu mereka pada April 2021, dengan kapasiti 80 pelajar.

Foto: Universiti Profesional Kaishi

Disana para pelajar akan diperkenalkan kepada segala aspek teori dan praktikal bagi penerbitan anime dan manga bagi tempoh 600 jam waktu belajar oleh pencipta dan penerbit yang terkenal dan terkemuka di Jepun.

Selain itu mereka juga akan dilatih dan diajar secara langsung oleh mereka yang berpengalaman dalam industri sepeti pengarah, animator dan artis manga.

Menarik bukan?

Buat anda yang berminat permohonan boleh mula dibuat bermula 1 Disember 2020 dan ujian kemasukan pertama akan diadakan pada 19 Disember 2020.

Layari laman mereka di sini : https://kaishi-pu.ac.jp/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.