fbpx
Now Reading
Yuna Tweet Kucing Peliharaan Hilang, ‘Satu Shah Alam’ Tolong Cari Kucingnya

Yuna Tweet Kucing Peliharaan Hilang, ‘Satu Shah Alam’ Tolong Cari Kucingnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang mesti panik kan kalau haiwan peliharaan korang tiba-tiba saja menghilangkan diri dari rumah, betul tak?

Perasan sama turut dialami penyanyi antarabangsa, Yuna selepas mengetahui kucing kesayangannya hilang dan tidak kelihatan lebih 24 jam.

Dia kemudian memuat naik perkara berkenaan di laman Twitternya, memaklumkan yang kucingnya, Koci yang berwarna hitam hilang dari kediaman ibu bapanya yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam.

Kredit: Twitter/@yunamusic

Malah bagi memudahkan orang ramai untuk menemukan kucingnya, Yuna turut memberi gambaran dan ciri-ciri Koci di posting sama.

“Hey guys really wish I didn’t have to do this but our cat Koci has gone missing for 24hours now, around Sek9 Shah Alam area. If you’ve seen her plssss let me know. We love her so much. Female, black long hair, she’s quite tiny and cute.. really friendly,” tulisnya di ruangan kapsyen di Twitter.

Perkongsikan berkenaan kemudiannya telah menarik perhatian netizen sehinga ada yang memberikan ‘tips lucu’ dengan meminta Yuna bertanyakan kepada kucing liar yang lain sekiranya ada terlihat kucingnya yang hilang itu.

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila segelintir mereka turut menghulurkan bantuan dengan mencari kucing kesayangannya itu demi berjumpa dengan penyanyi lagu Terukir Di Bintang.

Namun, keesokan harinya Yuna menerusi satu lagi posting memaklumkan bahawa Koci sudah pun ditemui dan pulang ke rumahn dengan sendirinya.

“Thank you everyone for spreading the word, I even got some dms about Koci sightings around the neighbourhood! You guys are the best. We’re glad she knew her way back. Thank you!,” tulisnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.