fbpx
Now Reading
Ramai Bimbang Isu 6 Maut Sewaktu Ujian Vaksin COVID-19, Pakar Ini Jelaskan Situasi Sebenar

Ramai Bimbang Isu 6 Maut Sewaktu Ujian Vaksin COVID-19, Pakar Ini Jelaskan Situasi Sebenar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai kematian enam individu yang sedang menjalani fasa terakhir ujian klinikal vaksin COVID-19 keluaran Pfizer

Tanpa membaca lanjut laporan tersebut sesetengah orang mula ‘goyang’ dan mula mempersoalkan keberkesanan produk berkenaan.

Malah ada juga yang mula memainkan isu tersebut demi menyebar kefahaman mereka terutamanya dari mereka yang bergelar anti vaksin.

Isu ini kemudian turut menarik perhatian pegawai farmasi KKM, Encik Fahmi Hassan yang kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Twitternya.

“Ramai yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika baca sekali lalu, seolah-olah ia menunjukkan yang vaksin tersebut boleh mengakibatkan kematian. Tetapi apa cerita sebenarnya? ” ciapnya di Twitter

Jelas Fahmi yang juga penulis buku ‘Cakar Ayam Seorang Doktor’, meskipun benar terdapat 6 kematian seperti yang dilaporkan oleh US FDA, masyarakat harus tahu bahawa hanya 2 kematian berlaku dalam kalangan penerima vaksin, manakala 4 lagi dalam kalangan penerima placebo.

Ini bermakna 4 kematian semasa ujian tersebut sebenarnya langsung tiada kaitan dengan vaksin yang sedang diuji.

“Sebanyak 38,000 sampel terlibat dalam ujian tersebut. 19,000 menerima vaksin, dan 19,000 lagi menerima placebo. 2 kematian berlaku dalam kalangan penerima vaksin, manakala 4 lagi dalam kalangan penerima placebo. Ada yang tak tahu apa makaud placebo?

“Placebo adalah bahan tanpa kesan terapeutik yang diberikan kepada satu kumpulan dalam ujikaji. Ia mungkin hanyalah air.

“Maksudnya, 4 kematian dalam kumpulan placebo langsung tidak boleh dikaitkan dengan vaksin yang diuji.

Bagi kematian membabitkan mereka yang divaksin pula, difahamkan mangsa pertama mengalami serangan jantung 62 hari selepas suntikan manakala seorang lagi mengalami salur darah tersumbat selepas 3 hari suntikan. Kedua-duanya juga berumur lebih 55 tahun

“2 kematian dalam penerima vaksin pula disebabkan oleh:- 1. Serangan jantung 62 hari selepas suntikan 2. Arteriosclerosis (salur darah tersumbat) 3 hari selepas suntikan. Kedua-dua mangsa ini berumur lebih dari 55 tahun”

“Serangan jantung dan saluran darah tersumbat merupakan komplikasi kesihatan yang sering berlaku dengan risiko semakin tinggi mengikut umur. Setelah dianalisa, kadar kematian ini didapati sama dengan kadar kematian di dalam populasi normal. Jadi, ia bukanlah disebabkan vaksin.

Tambah pegawai farmasi ini lagi, terdapt dua terma yang digunakan untuk menilai kesan sampingan vaksin iaitu:

1. Causal : Kesan yang berkaitan vaksin
2. Temporal : kesan secara kebetulan dan tidak disebabkan vaksin.

Jadi dalam hal membabitkan dua kematian ini, Fahmi menjelaskan ia boleh dikatakan mempunyai temporal relationship dengan vaksin.

Oleh itu, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

“Dalam kes ini, 2 kematian tersebut hanyalah boleh dikatakan sebagai mempunyai temporal relationship dengan vaksin. 2/19000 = 0.01% kematian dalam sampel dan tidak diaebabkan oleh vaksin. Sebab itu ia dikatakan selamat untuk digunakan”

Tambah beliau, antara kesan sampingan yang direkodkan adalah:

1. Sakit di tempat suntikan
2. Letih
3. Sakit kepala
4. Sakit otot
5. Rasa sejuk menggigil
6. Sakit sendi
7. Demam

Jelas pakar itu lagi, dia yakin sekiranya vaksin ini bakal digunakan di dalam negara, pihak berwajib pasti akan menilai keselamatan dan keberkesanannya terlebih dahulu sebelum ianya digunakan secara meluas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.