fbpx

Kreatif! Video Pendek ‘Among Us’ Guna Stop Motion Oleh Pemuda Ini Dapat Pujian Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zaman sekarang ni, siapa sahaja yang tahu permainan videoAmong Us. Begitu popular dikalangan anak kecil sehinggalah ke orang dewasa.

Permainan yang dihasilkan pembangun dari Amerika iaitu InnerSloth benar-benar trending bukan sahaha kerana karakternya yang cute, namun kerana permainannya yang menarik meskipun agak ‘horror’.

Namun hari ini kami taknak bercerita mengenai game Among Us, sebaliknya nak cerita mengenai video pendek Among Us yang dihasilkan seorang seorang pemuda ini, Zahirul Hassan.

Dengan menggunakan teknik Stop motion atau dalam bahasa melayunya gerak henti, penuntut Sains Komputer di Universiti Teknologi (UiTM) Tapah, Perak yang serba boleh ini telah menghasilkan satu video live-action pendek berdurasi 7 saat yang bertemakan karakter dari Among Us.

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik di laman Twitter sehingga menarik perhatian netizen.

Apa kata anda saksikan sendiri video berkenaan di bawah :

Meskipun pendek, hasil kerjanya begitu kemas. Memang smooth ! Siap sound fx dari among us lagi!

Namun untuk menghasilkannya tidak semudah yang anda sangkakan. Difahamkan Zahirul mengambil masa 8 jam untuk menyiapkan video berkenaan hanya dengan menggunakan tanah liat (claymotion) dan peranti iPhone 7.

Bayangkan yang anda terpaksa menggerakkan karakter dari tanah liat tersebut untuk setiap frame! Susahkan!

Video trending tersebut nyata memikat ramai netizen. Ramai yang memuji usaha mahasiswa ini dan hasilnya yang memberangsangkan.

Video dia smooth sangat

6 saat tapi shoot beribu keping

Boleh pergi jauh ni!

Apa-apapun kami sendiri merasakan hasil kerja Zahirul ini amat memuaskan. Tak sabar nak tunggu versi panjang mana la tahu ada kan?

Bagi anda yang meminati Gundam, jom tengok stop motion yang dihasilkan Zahirul yang memang terbaik habis di bawah !

Kalau berminat nak lihat hasil kerja Zahirul yang lain-lain boleh la ke saluran Youtube nya di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.