fbpx
Now Reading
“Bekerja Ditemani Kucing Lebih Membahagiakan” – Pakar Psikologi

“Bekerja Ditemani Kucing Lebih Membahagiakan” – Pakar Psikologi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Siapa sangka bekerja dari rumah sambil ditemani haiwan kesayangan sebenarnya boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dan menjadi lebih baik.

Perkara itu dikongsikan seorang pakar psikologi tingkah laku dari United Kingdom, Jo Hemming yang bekerjasama pembekal makanan kucing dalam menentukan faedah dan kelemahan bekerja bersama haiwan kesayangan di rumah.

“Ia mewujudkan rasa normal dan suasana terasa lebih ‘hidup’. Salah satu perkara unik mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.

“Ada satu aura misteri tentang haiwan yang membantu menghilangkan perkara-perkara yang mungkin memberi tekanan kepada kita semua,” katanya.

Foto : Worldsbestcatlitter

Malah menurut Hemmings lagi, perkara sama turut dirasakan haiwan peliharaan anda memandangkan tuannya kini lebih kerap dilihat berada di rumah berbanding sebelumnya

“Haiwan peliharaan mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darah anda, membantu mengawal kegelisahan dan menjadikan keadaan lebih tenang,” ujarnya,

Dia juga dalam masa sama turut percaya terdapat sesuatu hubungan yang sangat istimewa antara setiap manusia dan haiwan kesayangan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.