fbpx
Now Reading
5 Azam Tahun Baru Yang Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

5 Azam Tahun Baru Yang Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Nampaknya kita baru sahaja memasuki tahun baru 2022. Banyak perkara yang telah kita lalui sepanjang tahun 2021.

Namun kali ini kami tak mahu bercerita mengenai apa yang terjadi pada tahun lalu sebaliknya nak bersembang mengenai resolusi atau azam tahun baru.

Yelah, setiap kali menjelang tahun baru, antara perkara penting yang sentiasa difikiran semua orang adalah resolusi atau azam tahun baru. Malah itu sudah menjadi soalan paling popular yang selalu ditanyakan kepada kawan atau sahabat handai anda setiap kali menjelang tahun baru.

Jadi di bawah kami senaraikan 5 azam tahun baru yang paling popular di kalangan rakyat negara kita yang biasa anda dengar :

#1 Diet

Rasanya ramai bersetuju kalau kami katakan ramai yang mengambil kesempatan untuk menjadikan tahun baru sebagai waktu yang terbaik untuk mereka mula berdiet. Malah ini antara azam yang paling popular bukan sahaja buat rakyat di negara kita malah di seluruh pelusuk dunia.

#2 Berkahwin/ Tamatkan Zaman Solo

Antara azam yang paling popular sejak azali haha. Namun untuk orang yang solo lah!

Tahun lalu agar sukar untuk melangsungkan perkahwinan. Malah ada yang terpaksa menunda atau mengubah tarikh perkahwinan mereka susulan dari penularan wabak Covid-19.

Namun yang berazam untuk berkahwin pada tahun ini, kami doakan segala perancangan anda menjadi. Dan buat mereka yang masih solo kami doakan tahun 2021 akan menemukan anda dengan pasangan yang sesuai. Jangan khuatir, ada sahaja pasangan yang berkahwin walau baru berkenalan kerana jodoh semuanya di tangan tuhan.

#3 Kareer/Pekerjaan Baru

Kebiasaannya banyak syarikat atau perniagaan yang akan membuka peluang pekerjaan pada awal tahun. Namun untuk tahun ini kami tidak beberapa pasti.

Namun bagai sudah menjadi satu norma untuk orang ramai yang ingin mencuba pekerjaan baru untuk memulakan pencarian mereka pada awal tahun. Malah azam ini antara yang paling popular dari dulu & yang peliknya masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Apa-apa pun kami doakan selamat mengejar apa yang anda impikan!

#4 Beli rumah

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi jika anda sudah mempunyai kerjaya yang stabil atau anda sudah/akan berkeluarga. Ini juga antara azam atau resolusi yang dari dahulu sudah ditanamkan dalam hati ramai orang dewasa di negara kita.

Meskipun antara yang paling popular, azam membeli rumah adalah yang paling susah di kotakan; melainkan anda memang dari kalangan orang yang berduitlah kan?

Namun ingat sesuatu! Semakin lama anda tunggu, semakin naik harga rumah setiap tahun. Apa kata anda realisasikan impian itu pada tahun 2021 ini.

#5 Perbaiki Diri

Tahun baru bukan sahaja masa untuk anda ‘refresh’ semula tetapi masa ini juga lah untuk anda membuka ‘buku baru’. Tinggalkan lah segala yang buruk pada 2020 yang sudah berllau dan mari bermula dengan keadaan yang lebih baik pada tahun 2021

So cukup sudah lima azam paling popular, apa sahaja azam atau resolusi tahun baru anda kami ucapkan semoga berjaya! Selamat tahun baru juga buat semua pembaca dari kami di Buzzkini!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.