fbpx
Now Reading
Malaysia Negara Ke-3 Paling Ramai Sugar Daddy Di Asia

Malaysia Negara Ke-3 Paling Ramai Sugar Daddy Di Asia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bunyi dan perkataan ‘sugar daddy’ sudah cukup kedengaran janggal buat kita. Meskipun ia selalu disebut dan ramai yang tahu kan maksudnya, namun kebanyakan dari kita pasti beranggapan bahawa tidak ramai lelaki yang bergelar ‘sugar daddy’ di Malaysia.

Namun siapa sangka, tinjauan yang dilakukan sebuah aplikasi ‘dating’ iaitu Seeking Arrangement mendapati terdapat 42,500  individu bergelar sugar daddy di negara ini.

Menerusi laporan FMT, jumlah ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 paling ramai sugar daddy di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seeking Arrangement, Brandon Wade menerusi satu kenyataan menjelaskan faktor ini disumbang kerana jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin meningkat.

Keadaan ini membuatkan ramai wanita mula terdorong untuk mencari lelaki yang lebih berusia atas beberapa faktor

Tambah Brandon lagi, perkembangan ekonomi yang pesat di rantau Asia turut menyumbang kepada peningkatan angka tersebut dimana semakin ramai pelabur asing menjalankan perniagaan dan kehidupan di sini.

“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,”

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” jelasnya.

Laman berkenaan turut menyenaraikan 10 negara asia dengan sugar daddy tertinggi yang didominasi negara India di tempat pertama dengan jumlah 338,000 diikuti negara jiran, Indonesia dengan 60,250.

Turutan penuh di bawah :

  1. India – 338,000
  2. Indonesia – 60,250
  3. Malaysia – 42,500
  4. Jepun- 32,500
  5. Hong Kong – 28,600
  6. Taiwan – 27,300
  7. Vietnam – 12,000
  8. Korea Selatan – 7,000
  9. Sri Lanka – 5,000
  10. Kemboja– 3,500

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.