fbpx
Now Reading
Casio Lancar Jam Tangan G-Shock Edisi Terhad Harimau Malaya

Casio Lancar Jam Tangan G-Shock Edisi Terhad Harimau Malaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat peminat Harimau Malaya dan peminat jam tangan Casio, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa mereka telah menjalinkan satu kerjasama bersama syarikat multinasional dari Jepun, bermula 1 Mac sehingga 28 Februari 2022.

Yang menariknya ekoran dari kerjasama itu, Casio akan mengeluarkan jam tangan edisi terhad G-Shock Harimau Malaya sebagai tanda sokongan mereka kepada skuad bola kebangsaan itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM, perjanjian penajaan berkenaan telah ditandatangani di antara Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng yang juga pengedar rasmi Casio di Malaysia.

Seiring dengan majlis menandatangani perjanjian tersebut, Casio juga telah melancarkan jam tangan G-shock edisi terhad berkenaan  yang menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9.

Difahamkan jam berkenaan didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

Majlis yang berlangsung di Wisma FAM petang tadi itu turut disertai Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Pengarah Urusan Casio Malaysia, Encik Tezuka Itsuro serta dua wakil pemain daripada skuad kebangsaan iaitu Shahrel Fikri Md Fauzi dan Irfan Zakaria serta Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-Shock edisi terhad ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima jam tanganG-Shock edisi Harimau Malaya dengan nombor siri 001 daripada Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro.

Terhad 999 Unit

Bagi model edisi terhad Harimau Malaya x G-SHOCK ini, Casio hanya akan mengeluarkan 999 unit jam berkenaan di pasaran dimana setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.

Ia juga akan dipasarkan bermula 1 Jun dengan harga RM579.00, berserta sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di semua kedai Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.