fbpx
Now Reading
Sunyi Berjauhan Dari Sang Suami, Wanita Ini Upah ‘Jurupeluk’

Sunyi Berjauhan Dari Sang Suami, Wanita Ini Upah ‘Jurupeluk’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Lumrah sebagai suami isteri, antara perkara yang mampu memberikan ketenangan adalah pelukan dari pasangan. Selain dapat mengeratkan rasa kasih sayang sesama sendiri, kadang-kala pelukan juga dapat memberi ketenangan kepada diri kita terutamanya ketika sedang mengalami stres.

Hal ini terbukti dengan keinginan seorang wanita, Saskia Larsen yang sanggup untuk mengupah seorang ‘Jurupeluk’ ketika berjauhan dari suaminya, Arthur. Dia dikatakan berpindah ke New York atas urusan kerjanya sebagai seorang pelakon.

Foto: Daily Star

Dia telah mengupah jurupeluk itu dengan bayaran sebanyak AS$80 (RM332) untuk perkhidmatan selama sejam.

Foto: Daily Star

Ramai Anggap Ianya Pelik

“Ramai beranggapan bahawa perkara ini adalah pelik kerana saya sudah berkahwin.”

“Tetapi saya tidak peduli apa yang difikirkan. Saya gemarkan perasaan disayangi dan saya juga suka akan cara ia memberi kesan kepada diri saya.”

Jelasnya, dia telah berbincang dengan Arthur dan suaminya itu tidak mempunyai masalah tentang hal tersebut.

“Dia lebih memilih untuk melindungi berbanding dari rasa cemburu. Jadi selagi saya sentiasa selamat, selebihnya bukanlah sesuatu yang salah.”

Arthur dan Saskia Mempunyai Hubungan Monogami

Arthur bersetuju dan menambah bahawa mereka mempunyai hubungan monogami tetapi berpelukan sama sekali tidak melanggar integriti hubungan mereka. Saskia turut dijelaskan sebagai seorang yang amat menggemari rasa kasih sayang.

Foto: Daily Star

“Kami akan sentiasa berpelukan ketika berjumpa sesama sendiri jadi saya dapat memahami kenapa dia memerlukan sentuhan dari seseorang.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.