fbpx
Now Reading
Tips Elakkan Diri Dari Terkena Strok Haba

Tips Elakkan Diri Dari Terkena Strok Haba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak kebelakangan ini, sudah pasti ramai yang merasai bahang cuaca panas yang melanda negara terutamanya di utara semenanjung tanah air. Meskipun fenomena ini adalah perkara biasa yang berlaku setiap tahun, namun jika anda tidak mengambil langkah berwaspada, cuaca panas ini boleh menyebabkan anda terkena strok haba.

Oleh sebab itu, kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada terkena strok haba.

#1 Minum air putih secukupnya

Foto: Okezone

Anda mestilah minum air putih secukupnya agar badan tidak mengalami dehidrasi. Kandungan air yang cukup akan mengganti kehilangan air apabila anda berpeluh. Selain itu, ia juga membolehkan suhu badan anda sentiasa dalam keadaan normal.

#2 Kurangkan aktiviti di luar rumah dan ruang yang bersuhu tinggi

Foto: ASSP

Elakkan melakukan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas terutama di waktu puncak jam 11 pagi hingga 3 petang. Anda perlu mengelakkan dari berada di kawasan atau ruang tertutup yang mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.

#3 Jangan berada di dalam kereta terlalu lama

Foto: Daily Express

Jangan tinggal atau meninggalkan sesiapa sahaja di dalam kereta yang diletakkan dengan enjin terlalu lama. Apabila diletakkan di bawah matahari, suhu kereta boleh naik sehingga 7 darjah Celcius dalam masa 10 minit.

#4 Pakai pakaian yang ringan dan longgar

Foto: Ejis

Anda digalakkan memakai pakaian yang ringan dan longgar. Elakkan pakaian ketat kerana ia menghalang badan anda berpeluh dan menghalang untuk menyejukkan dengan cara yang betul.

#5 Gunakan krim pelindung UV/ Sunblock

Foto: TheList

Anda haruslah melindungi diri anda dari sinaran matahari. Pilih pelindung matahari yang sesuai dengan SPF yang betul. Seeloknya krim pelindung UV diletakkan pada kulit anda setiap dua jam apabila terdedah kepada matahari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.