fbpx
Now Reading
Masih Mencari Kelengkapan Raya? Semuanya Termasuk Barangan Naelofar Ada Di Tesco

Masih Mencari Kelengkapan Raya? Semuanya Termasuk Barangan Naelofar Ada Di Tesco

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang hari raya, semua orang pasti setuju kalau kami katakan segala persiapan haruslah dibuat dengan rapi.

Memandangkan tahun lepas kita tidak dapat beraya sakan ekoran dari pelaksanaan PKP, pasti ramai yang mengharapkan sambutan tahun ini akan berbeza dan lebih bermakna.

Justeru bagi persiapan beraya, pasti ramai dari anda tercari-cari lokasi menarik untuk membeli belah bukan? Jika benar mungkin anda boleh berkunjung ke Tesco kerana mereka ketika ini sedang mengadakan kempen ‘Raya Mesti Raya’  bersempena Aidilfitri.

Untuk tahun ini, Tesco mencipta kelainan dengan membawa jenama fesyen muslimah terkenal, Naelofar.

Bagi koleksi tudung Naelofar, Tesco menawarkan dua reka bentuk ekslusif raya 2021 iatu Selendang Segera (Instant Shawl) Lana dan Selendang Semi Segera (Semi Instant) Maia yang dijual pada harga RM59 sehelai.

Selain itu penggemar Naelofar juga boleh mendapatkan barangan Home & living Collection mereka yang sesuai dijadikan kelengkapan beraya.

Baik dari set pinggan, mangkuk, jag dan kanister untuk menjamu tetamu, kolaborasi Tesco X Naelofar ini  turut menawarkan Rangkaian Kusyen dan Selimut Naelofar sebagai dekorasi kediaman.

Jadi apa tunggu lagi? Semua barangan ini  hanya boleh didapatkan di Tesco! Dan buat anda yang lebih selesa dan yakin membeli secara online, produk ekslusif raya ini juga ada dijual secara online di stor rasmi Tesco Groceries di Lazada! Tak perlu susah-susah beratur dan yang paling penting, selamat!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.