fbpx
Now Reading
Kerajaan Jepun Tawar Biasiswa Buat Pelajar Malaysia Belajar Di Sana, Jom Apply!

Kerajaan Jepun Tawar Biasiswa Buat Pelajar Malaysia Belajar Di Sana, Jom Apply!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyambung pelajaran ke luar negara sudah semestinya merupakan satu impian buat pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun lepasan Diploma yang mahu mencabar diri mereka belajar di tempat orang.

Kampus Tokyo University. Foto: Science Mag

Terbaru, kerajaan negara Jepun menerusi kedutaannya di Malaysia telah mengumumkan pembukaan permohonan biasiswa Monbukagakusho: MEXT bagi program Ijazah Sarjana Muda atau Undergraduate.

Pembukaan biasiswa bagi 2020 ini khas untuk pelajar dalam lingkungan usia 17-25 tahun yang lahir antara 2 April 1997 hingga 1 April 2005.

Syarat yang diletakkan tidaklah terlalu ketat seperti yang mungkin anda sangkakan. Calon mestilah telah menamatkan peperiksaan SPM. Calon yang telah memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil A-Level, sijil Unified Examination Certificate (EUC), Matrikulasi atau Diploma boleh melakukan permohonan menggunakan sijil masing-masing.

Kampus Tokyo Institute of Technology. Foto: Kengo Kuma & Associates

Walaubagaimanapun, calon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun dan cemerlang bagi subjek lain.

Pelajar akan dibayar elaun bulanan sebanyak 117,000 Yen (anggaran RM4,400) semasa tempoh biasiswa Monbukagakusho: MEXT ini. Yang menariknya, yuran peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti turut dikecualikan.

Malahan tiket penerbangan pergi-balik pelajar bakal ditanggung sepenuhnya!

Kampus Tokyo University. Foto: The Japan Times

Calon boleh mula menghantar permohonan biasiswa mulai sekarang hingga 28 Mei 2021 (Jumaat) sebelum jam 4 petang.

Borang permohonan dan juga garis panduan boleh dicetak di laman web Kedutaan Jepun atau boleh diperolehi sendiri daripada Kedutaan Jepun.

Jadi tunggu apa lagi? Jom realisasikan impian anda untuk sambung belajar di negara matahari terbit itu. Ganbare!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.