fbpx
Now Reading
Pakar Perubatan Di US Akui Cuci Guna Air Selepas ‘Membuang’ Lebih Baik Dari Guna Tisu

Pakar Perubatan Di US Akui Cuci Guna Air Selepas ‘Membuang’ Lebih Baik Dari Guna Tisu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setuju atau tidak, kita sebagai seorang rakyat Malaysia atau secara umumnya orang Asia begitu gemar untuk melancong dan megembara ke negara Barat.

Namun satu perkara yang paling tidak digemari sekiranya mengembara ke sana khususnya ke Amerika Syarikat adalah tandasnya!

Ya, Tandas! Bersih memang terbukti bersih, namun harus diakui kebanyakan tandas di sana tidak menyediakan paip air untuk tujuan mencuci sebaliknya hanya menyediakan tisu tandas.

Ini kerana kebanyakan mereka lebih selesa menggunakan tisu tandas berbanding penggunaan air selepas ‘membuang’.

Kaedah sebegini telah dipraktikkan berkurun lamanya dan diwarisi dari nenek moyang yang berasal dari Eropah – sedikit kontra dengan penduduk Asia yang lebih selesa menggunakan air dalam proses mencuci.

Malah sewaktu pandemik Covid-19 mula menyerang negara-negara barat, antara barang yang paling dicari-cari dan dianggap penting seperti makanan adalah tisu tandas.

Foto : Yahoo

Namun nampaknya ia mungkin berubah tidak lama lagi.

Namun nampaknya semua ini mungkin berubah tidak lama lagi apabila seorang pakar perubatan dari New York baru-baru ini mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan tisu tandas sebenarnya tidak begitu efektif kerana ia kerana ia hanya menanggalkan sedikit sahaja kotoran najis.

In kerana kaedah ini sebenanrya hanya meratakan kekotoran, bukan membersihkannya; suatu perkara yang kita orang Asia telah lama tahu sejak dahulu.

Dr Eval Goldstein, seorang pakar bedah rektum ternama di kota metropolitan tersebut mendedahkan pencucian menggunakan air adalah kaedah paling ideal dalam membersihkan tubuh badan selepas selesai rutin di bilik air

Malah selain dari faktor kebersihan, menyental secara agresif menggunakan tisu juga boleh menyebabkan bahagian punggung anda terluka, dan ini mungkin boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing.

Malah teori Dr Goldstein diperkuatkan dengan beberapa kajian terdahulu dimana satu kajian yang dilakukan pada 2009 mendapati pesakit buasir lebih selesa dan lebih berpuas hati dalam menggunakan semburan air berbanding penggunaan tisu.

Namun tidak mudah untuk mengubah persepsi mereka apatalah kaedah membersih mengguna tisu tandas sudah diamalkan berkurun lamanya, malah Amerika Syarikat antara beberapa negara yang belum menaik taraf kaedah sanitasi di tandas mereka.

Guna air bukan sahaja menjimatkan wang malah mesra alam sekitar

Foto : naturallivingideas

Selain itu kajian mendapati seorang rakyat Amerika menghabiskan 3 gulung tisu tandas dalam seminggu manaka seluruh Amerika Syarikat pula menghabiskan 36.5 bilion gulung tisu setahun! Banyak kan??

Bayangkan anda memang bergantung kepada tisu tandas untuk mencuci, berapa banyak yang anda perlukan setiap hari? bagaimana pula dengan kos nya sebulan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.