Now Reading
Sentiasa Berwaspada! Ini 4 Tips Kenali Penipuan SMS

Sentiasa Berwaspada! Ini 4 Tips Kenali Penipuan SMS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti bersetuju kalau kami kami katakan kes sindiket penipuan di dalam negara khususnya penipuan SMS (Smishing) yang semakin berleuasa.

Malah sudah ramai yang terpedaya dan menjadi mangsa hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Percaya atau tidak, kebanyakkan penipu atau scammer ini sebenarnya bijak, mereka bukan sahaja mahir memperdaya malahan pandai memanipulasi sesuatu mesej sehingga menyebabkan timbul rasa kurang selamat di dalam diri kita.

kanak-kanak ditipu iphone 11 pro murah

Keadaan tersebut kemudiannya akan diguanakan oleh mereka untuk menipu mangsa-mangsanya.

Prihatin dengan isu tersebut, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah berkongsi 4 tips agar orang ramai berwaspada sekaligus mengelakkan diiri dari menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.

Jadi di bawah kami kongsikan 4 tips tersebut :

#1 SMS dari nombor atau digit yang tidak dikenali

Periksa nombor atau digit SMS yang diterima khususnya no antarabangsa.

Bagi urusan perbankan sekiranya and anda meneruma sesuatu mesej yang mencurigakan, jangan memberikan respon pada nombor tersebut sebaliknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#2 Hati-hati dengan mesej pembayaran atau transaksi bank

Jangan sesekali menekan apa-apa pautan yang disertakan di dalam SMS yang anda terima terutamanya dalam hal perbankan . HANYA hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#3 SMS berbaur ugutan

“Akaun bank anda telah disekat””Sila sahkan akaun bank baru anda”Ini adalah contoh kandungan berbaur ugutan yang boleh buat kita terus panik!

Sekali lagi, HANYA hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#4 SMS Meminta Maklumat Peribadi

Jangan sesekali berkongsi Maklumat peribadi anda kepada orang luar. Ia merangkumi nama penuh, no. kad pengenalan, no. akaun perbankan, kata laluan perbankan dan nama ibu.

Jangan respon dengan mesej sebegini sebaiknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk sebarang pengesahan.

Baca artikel berkaitan :

Foto kredit : Nextpit.com

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.