fbpx
Now Reading
4 Restoran Makanan Segera Yang Telah Ditutup & Pernah Popular Di Malaysia Suatu Masa Dahulu

4 Restoran Makanan Segera Yang Telah Ditutup & Pernah Popular Di Malaysia Suatu Masa Dahulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak anda teringat-ingat restoran makanan segera yang pernah menjadi kegemaran sewaktu masih kecil? Kadang kala bila terfikir balik memang akan rindu dengan menu yang dijual, lagi-lagi kalau tak ada penggantinya.

Kebiasaannya restoran-restoran ini ditutup kerana tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Situasi ini boleh jadi sangat mengecewakan buat para penggemarnya kerana tak lagi dapat menikmati hidangan yang sentiasa menjadi pilihan.

Untuk mengembalikan nostalgia lama, berikut merupakan senarai empat restoran makanan segera yang pernah popular di negara ini suatu ketika dahulu.

#1 Wendy’s

Foto: Hype
Foto: Breeze Mag

Restoran ini pertama kali dibuka di Malaysia pada tahun 2008 dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ia pernah dibuka pada sekitar tahun 1980 tetapi tidak bertahan lama.

Cawangan yang dibuka pada tahun 2008 ini bertempat di Berjaya Times Square dan beberapa tempat lain sebelum setiap cawangan menghentikan operasinya secara berperingkat pada tahun 2019.

Difahamkan, Berjaya tidak memperbaharui lesen francaisnya dan setakat ini tiada cawangan Wendy’s lagi di Malaysia.

#2 Tutti Frutti

Foto: Eatophilia
Foto: Mercury News

Rangkaian pencuci mulut yogurt ini adalah cukup terkenal suatu ketika dahulu. Walaupun harganya agak mahal kerana dikira mengikut berat sehingga ada yang takut untuk mencuba, namun jumlah francaisnya telah berkembang dengan cukup hebat.

Sebelum setiap cawangannya ditutup sepenuhnya, difahamkan jumlah keseluruhan Tutti Frutti di negara ini adalah sebanyak 85 outlet.

Terbukti pencuci mulut ini memang sangat famous sebelum ini tapi sayang sekali popularitinya merudum dan tidak mampu dikawal lagi.

#3 Papa John’s

Foto: Ainul Mustafa
Foto: Twitter @twt_bajet

Pada tahun 2009, Papa John’s telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia dibawah Berjaya Group. 

Namun disebabkan pada ketika itu Pizza Hut dan Domino’s kekal menjadi pilihan utama para pelanggan, secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk bertahan lama.

Difahamkan cadangan penutupan kesemua cawangan Papa John’s di negara ini diputuskan oleh pihak atasan restoran makanan segera berasal dari Amerika Syarikat ini.

#4 Shakey’s Pizza

Foto: Rojak Daily
Foto: Hungry Go Where
Foto: Lowyat
Foto: Lowyat

Rasanya rata-rata rakyat Malaysia pasti sangat familiar dengan restoran ini. Malah rasa hidangan pizzanya yang begitu enak juga masih terasa-rasa di lidah.

Namun apakan daya, restoran ini turut tidak dapat dijumpai lagi di mana-mana tempat di negara ini.

Tetapi mengikut laporan The Star, 21 cawangan Shakey’s Pizza telah ditukar menjadi Domino’s Pizza atas perjanjian kerjasama antara kedua-dua pemilik.

Agak-agak Domino’s Pizza yang selalu kita makan selama ni rasa sama macam Shakey’s tak?

Sudah semestinya kewujudan kesemua restoran makanan segera yang pernah menjadi memori sewaktu kecil ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Agak-agaknya apa lagi restoran legend yang pernah anda kunjungi?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.