“Microsoft pun puji..” – Hanya Guna Microsoft Excel, Lukisan Wanita Ini Buat Netizen Kagum

Kebiasaannya kalau nak sunting gambar atau melakukan karya seni digital, aplikasi yang menjadi pilihan pastinya perisian suntingan seperti Adobe Photoshop, Illustrator, Corel Draw, dan macam-macam lagi.

Namun lain pula buat seorang pengguna Twitter, yang dikenali sebagai Safarina dari Perlis dimana dia lebih cenderung menggunakan perisian Microsoft Excel yang lebih sinonim dengan data dan pengiraan untuk menghasilkan kerja seninya.

Sebji macam pakcik popular dari Jepun Tatsuo Horiuchi, yang terkenal dengan hasil seni hanya dengan menggunakan Excel tu kan?

Mestilah! Menjadikan Horiuchi sebagai inspirasinya, Safarina memaklumkan dia mula mengetahui tentang hasil seni menggunakan Excel selepas terbaca mengneai Tatsuo Horiuchi.

Namun satu yang boleh kami katakan, hasil seni Safarina juga sama seperti Horiuchi yang begitu mengagumkan!

Hasilkan artwork bernama KTM Tasek Gelugor

Mula dimuat naik Safarina beberapa hari lalu, hasil seni wanita ini yang diberi nama KTM Tasek Gelugor nyata mengagumkan netizen.

Malah ia membuka mata ramai dari mereka yang sebelum ini hanya menyangkakan perisian tersebut hanya sesuai untuk kerja penyimpanan data dan pengiraan sahaja.

Turut dapat perhatian Microsoft

Bukan itu sahaja, ilustrasi yang dihasilkannya turut menarik perhatian pengendali akaun Twitter rasmi Microsoft Store sendiri.

Namun untuk menghasilkannya juga tak semudah yang anda sangka, cuba tengok kerja yang terpaksa dilakukan Safarina untuk menghasilkan karya ini.

Foto asal :

Kerja yang dilakukan

Dan ini hasilnya :

Mula hasilkan artwork guna Excel dari 2016

Menurut Safarina, dia mula menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan kerja seni bermula dari 2016 secara suka-suka.

Namun pada waktu itu dia masih lagi menggunakan perisian seperti AI dan Photoshop sebagai perisian utama untuk menghasilkan karya seni antaranya low poly art.

Artwork pertama Safarina dengan menggunakan Excel pada tahun 2016

Namun sejak bertukar laptop baharu pada tahun lalu selepas laptop lamanya rosak, dia kini hanya menggunakan Excel sepenuhnya kerana tidak ada memasang perisian lain didalam laptop tersebut.

“Saya start buat art guna excel ni dari tahun 2016 hanya untuk suka-suka saja. AI dgn Photoshop ada ja guna, saya pun ada buat lowpoly art guna AI.

“Tapi tahun lepas laptop rosak, jadi saya guna laptop lain yang tiada AI dan Photoshop didalamnya. Jadinya, buat sementara waktu saya guna excel dlu. Lama-lama, dah jadi hobi pulak.” katanya kepada Buzzkini.

Jom tengok beberapa lagi hasil kreatif Safarina yang dikongsikannya kepada kami :

Cantik bukan?

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago