fbpx
Now Reading
Samsung Reka Seluar Jeans Khas Untuk Galaxy Z Flip3

Samsung Reka Seluar Jeans Khas Untuk Galaxy Z Flip3

Jika diambil kira harga Galaxy Z Flip3, sepasang seluar ini sebenarnya berharga sekitar RM600 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin kedengaran sedikit janggal, namun itulah yang terjadi! Syarikat gergasi teknologi, Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan seluar jeans baharu mereka, ‘Z Flip Pocket Denim’. 

Berkolaborasi dengan Dr Denim, Samsung Australia bagaimanapun menjelaskan seluar jeans ini adalah edisi terhad dan dicipta khusus untuk peranti mereka, Galaxy Z Flip3.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘dicipta khas’ ?

Secara ringkasnya kebanyakan jeans akan menampilkan dua poket di belakang bukan? Namun bagi Z Flip Pocket Denim, ianya akan digantikan dengan satu poket hadapan dengan saiz khas yang boleh memuatkan Galaxy Z Flip3.

Ini kerana rekaan peranti flagship tersebut adalah sedikit berbeza berbanding peranti biasa justeru menyukarkan pengguna untuk meletakkannya ke dalam poket jeans.

Menerusi foto yang dikongsikan Samsung, ini bermakna seluar berkenaan tidak akan hadir dengan poket di bahagian belakangnya.

Difahamkan, seluar jeans ini hanya dihasilkan sebanyak 450 helai sahaja pada harga $1499 bagi pasaran Australia (RM4,620) 

Orang ramai boleh mendapatkannya di laman web Dr Denim

Bunyi macam mahal bukan? Namun dengan setiap pembelian seluar ini anda akan turut menerima sebuah Galaxy Z Flip 3.

Kira macam beli seluar dapat telefon lah bukan?

Namun jika diambil kira harga Galaxy Z Flip3 sekitar RM4,000, sepasang seluar ini sebenarnya berharga sekitar RM600 sahaja. Not bad! Tapi wallet nak letak mana kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.