fbpx
Now Reading
“Kagumnya Dengar BM Diorang..” – Netizen Teruja Tonton Video Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu

“Kagumnya Dengar BM Diorang..” – Netizen Teruja Tonton Video Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu

Ramai yang memuji penggunaan bahasa mereka yang dilihat begitu lengkap dan teratur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini,  Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pujian ramai selepas beliau dilihat memberikan ucapan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Ramai yang menyifatkan tindakan beliau adalah tepat kerana ia secara tidak langsung telah memartabatkan bahasa kebangsaaan di pentas antarabangsa.

Baca artikel berkaitan : Netizen Puji Tindakan Menteri Alam Sekitar Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB [Video]

Terbaharu, laman Twitter sekali lagi meriah dengan isu hampir sama selepas tular satu video memperlihatkan sekumpulan pelajar jepun melakukan temu bual di dalam bahasa melayu.

Dimuat naik oleh seorang pelajar berbangsa Jepun, @KoujiJepun di akaun Twitter miliknya, video tersebut nyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kesemua pelajar berkenaan telah ditanyakan beberapa soalan antaranya ‘apa yang membuatkan mereka sukakan Malaysia‘ dan ‘kenapa memilih untuk mempelajari Bahasa Melayu’.

Apa yang menariknya, kesemua mereka dilihat begitu fasih menjawab soalan berkenaan menggunakan bahasa kebangsaan kita.

Malah mereka juga menjelaskan sudah ‘jatuh hati’ dengan budaya di Malaysia selepas berpeluang menyertai program pertukaran pelajar di sini.

Difahamkan, kesemua pelajar yang ditemu bual Kouji adalah pelajar jurusan Bahasa Melayu di sebuah universiti di sana.

Video penuh

Dilihat pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berbangga dan kagum dengan inisiatif Kouji dalam menghasilkan video berkenaan.

Ramai yang turut memuji pelajar-pelajar ini kerana mampu berbahasa melayu dengan sempurna malah ada yang berpendapat bahasa mereka adalah jauh lebih baik dari lidah kita yang sentiasa memakan ‘belacan’ dan budu.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen berhubung video tersebut :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.