fbpx
Now Reading
Caj Pengeluaran RM1 Antara Bank Di ATM Akan Kembali Pada Februari 2022

Caj Pengeluaran RM1 Antara Bank Di ATM Akan Kembali Pada Februari 2022

Namun setakat ini bank-bank lain seperti Maybank, dan CIMB Bank masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat pada 6 April tahun lalu, Kerajaan Malaysia telah memutuskan memberi pengecualian bagi caj RM1 antara bank (interbank) di semua mesin juruwang automatik (ATM).

Pengecualian tersebut yang melibatkan semua institusi perbankan dan PayNet adalah satu usaha kerajaan dalam mengelak kesesakan di kaunter-kaunter bank susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) kemudian memaklumkan ianya akan diteruskan dan sebarang keputusan sama ada menyambung atau menamatkannya akan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Terbaharu selepas hampir 20 bulan, sudah terdapat bayangan yang mengatakan yang ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.

Ia boleh dilihat menerusi pengumuman yang dilakukan dua bank iaitu Citibank dan KFH Malaysia di laman sesawang mereka yang memaklumkan ianya akan kembali dilaksanakan pada 1 Februari 2022.

Foto : Laman Web CItibank

Foto : Laman web KFH

Namun setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung pengembalian semula caj berkenaan.

Malah menerusi pemerhatian kami, bank-bank lain seperti Maybank, dan CIMB Bank masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut.

Header kredit: Lowyat/ Pexels

[Terkini] Banyak Bank sudah mula mengumumkan perkara sama

Terkini, banyak bank-bank lain termasuk bank utama seperti Maybank, CIMB Bank sudah pun telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.