fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Bahaya Makan Bahagian Bersih Pada Roti Yang Sudah Berkulat

Doktor Kongsi Bahaya Makan Bahagian Bersih Pada Roti Yang Sudah Berkulat

Tambah beliau, roti yang berkulat juga tidak selamat walau dipanaskan untuk dimakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keracunan makanan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Walaupun ia tidak disenaraikan sebagai penyakit kronik, namun keracunan boleh membunuh.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya keracunan antaranya penyajian makanan yang tidak bersih, penggunaan peralatan serta tangan yang tidak dicuci bersih, menjamu makanan yang sudah tercemar atau mungkin hidangan itu tidak dimasak dengan betul.

Namun ramai sebenarnya terlepas pandang bahawa salah satu punca keracunan adalah disebabkan pengambilan makanan yang sudah berkulat khususnya roti.

“Walau tompok kecil, kena buang! Bahagian yang elok pun jangan makan”

Menerusi satu hantaran di Facebook, pakar kesihatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi kepada orang ramai bahaya memakan roti yang sudah rosak meskipun kulat pada permukaannya hanyalah satu tompok kecil.

Malah dia menegaskan makanan sedemikian tetap harus dibuang walaupun belum sampai tarikh luputnya.

“Walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!

“Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuit bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan. Jangan buat macam tu,” kata Dr Kamarul.

Mungkin nampak kecil tapi tak mustahil akar kulit sudah menjalar

Jelas beliau tompok kecil yang ada permukaan roti itu adalah putik spora kolat. Meskipun ia kelihatan kecil, namun tidak mustahil jaringan akar kulat itu sudah jauh menjalar ke dalam ruangan lain sekaligus merosakkan bahagian di dalamnya.

“Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.”

Tetap tak selamat dimakan walau dipanaskan

Tambah beliau juga roti yang berkulat juga tidak selamat walau dipanaskan untuk dimakan.

“Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.

“Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.

“Ini kerana kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak,” kata beliau lagi.

Foto : Times of India

Apa akan terjadi jika masih makan roti berkulat?

Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

Malah ada di kalangan pesakitnya yang terpaksa dirawat selama 3 hari selepas keracunan makan.

Oleh itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil risiko membahyakan kesihatan dengan memakan roti yang sudah berulat. Sebaliknya beliau menyarankan, “Sekiranya nampak sahaja ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.