fbpx
Now Reading
Separuh Golongan Dewasa Di Malaysia Hadapi Masalah Obesiti – KJ

Separuh Golongan Dewasa Di Malaysia Hadapi Masalah Obesiti – KJ

Obesiti adalah penyakit, nampak comel namun beri banyak kesan sampingan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain mempunyai banyak tempat pelancongan, Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan.

Sebutkan sahaja jenis makanan yang diinginkan pasti boleh ditemui di Malaysia. Bukan itu sahaja, masyarakat Malaysia juga mempunyai pelbagai makanan tradisi daripada kaum etnik-etniknya.

Namun begitu, masalah Obesiti dan berat badan berlebihan di Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan sehingga separuh daripada dewasa di negara sedang berdepan dengan penyakit ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar laporan ini berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) baru-baru ini.

Beliau turut mengulas bahawa prevalen obes ini mempunyai kadar peningkatan yang agak tinggi pada setiap tahun berbanding dengan kajian sebelumnya iaitu 14.0% (NHMS 2006), 15.1% (NHMS 2011) serta 17.1% (NHMS 2015).

Walau bagaimanapun, Khairy berkata, “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyusun strategi untuk menangani isu ini sebagaimana yang telah digariskan dalam pelan tindakan jangka masa panjang di bawah Pelan Tindakan Makanan Kebangsaan Malaysia NPANM III (2016-2025), Pelan stratergik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2025) serta Polisi Menangani Obesiti di Malaysia (2016-2025).

Seterusnya, Jawatankuasa Kerja Menangani Masalah Obesiti juga dibentuk oleh KKM bertujuan untuk mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan bersesuaian dengan situasi semasa dalam menangani isu ini.

“Selain itu, sebanyak 48 polisi menangani masalah Obesiti di negara ini telah dibentuk melalui dokumen Policy Option To Combat Obesity In Malaysia untuk dilaksanakan dalam masa 10 tahun,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Akan tetapi, sehingga 2022 terdapat 10 polisi yang telah dilaksanakan seperti mewajibkan program pengurusan berat badan di kementerian atau jabatan terpilih, menguatkuasakan larangan mengiklan makanan dan minuman tinggi kandungan lemak, garam dan gula yang boleh menarik perhatian kanak-kanak dan banyak lagi.

Sehubungan itu, pelbagai langkah akan dilakukan bagi menurunkan masalah ini dan ia akan dimulakan pada peringkat bayi, diikuti kanak-kanak serta dewasa melalui aktiviti advokasi pemakanan yang berterusan mengikut kepada ketetapan seperti institusi, sekolah, fasiliti kesihatan serta lain-lain.

Kredit Gambar: Malaymail/ Pixabay

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.