fbpx
Now Reading
Dr Rafidah Selar Dakwaan Larian 10 Kilometer Mampu Hilangkan Covid-19 [Video]

Dr Rafidah Selar Dakwaan Larian 10 Kilometer Mampu Hilangkan Covid-19 [Video]

Dr Rafidah turut menyifatkan tindakan lari 10KM di tempat terbuka itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak hadirnya virus Omicron di Malaysia, tidak dinafikan kes di negara ini melonjak naik dengan cepat serta telah ramai yang disahkan positif.

Sehubungan itu, bermacam-macam inisiatif yang dilakukan oleh pesakit yang positif seperti mengamalkan pengambilan vitamin C, makan makanan yang memberi tenaga serta mengamalkan herba-herba semula jadi bagi membantu mengurangkan kesan sakit daripada virus ini.

Bukan itu sahaja, bagi yang berupaya mereka disarankan untuk  melakukan beberapa aktiviti kesihatan seperti senaman penafasan dan beberapa pergerakan senaman yang ringan.

Namun siapa sangka, ada juga yang mencadangkan agar mereka yang sedang positif untuk melakukan aktiviti berat seperti berlari sejauh 10 kilometer (km).

Tidak bersetuju dengan saranan tersebut, Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menyifatkan teori berkenaan adalah mengarut kerana ia tidak dapat menghilangkan Covid-19.

Sebaliknya individu yang positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin agar virus berkenaan tidak tersebar kepada orang lain.

Berisiko untuk mengalami serangan jantung

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan tindakan ini sebenarnya hanya menambah risiko kerana pesakit Covid-19 boleh terkena serangan jantung

“Kalau anda ada jangkitan Covid-19, ada risiko serangan jantung. Anda dinasihatkan untuk kekal hidrasi dan makan makanan yang sihat.

“Ujian pantas RTK-Ag merupakan ujian saringan. Namun, jika diuji dengan test RT-PCR keputusannya masih lagi positif. Ia sekaligus, menunjukkan jangkitan tidak hilang dan anda belum lagi sembuh serta selamat untuk keluar dari kuarantin sebelum waktunya,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, membuat ujian berkala itu adalah satu tindakan yang bagus namun keputusan negatif tidak bermaksud anda tidak mempunyai virus berkenaan.

Lakukan senaman secara perlahan-lahan

Selain itu, beliau menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok turut memberi nasihat dan saranan kepada bekas pesakit yang mengalami simptom post covid boleh mula untuk melakukan senaman, namun secara perlahan-lahan dan tidak memaksa diri.

Kredit gambar: Freepik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.