fbpx
Now Reading
Anda Seorang Introvert? Jom Kenali Empat Jenis Introvert

Anda Seorang Introvert? Jom Kenali Empat Jenis Introvert

Seseorang yang introvert sering disalah ertikan sebagai sombong. Namun sebenarnya tak semua begitu dan terdapat empat jenis introvert. Jom kenali mereka lebih dekat lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seseorang yang introvert sering kali dianggap sebagai seorang yang antisosial, sombong malah ada juga beranggapan mereka tidak berjaya dalam kerjaya serta banyak lagi.

Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya ada segelintir golongan introvert yang mahu menukar diri mereka daripada seorang introvert kepada seorang yang ekstrovert.

Konsep introvert dan ekstrovert ini sebenarnya berkait dengan aras di mana terdapat sesuatu benda di dalam otak yang memproses Social Pleasure System (SPS), dan apabila kita bersosial otak kita akan menghasilkan sesuatu yang membuatkan kita rasa suka.

Baru-baru ini, seorang pakar psikologi iaitu @AimanPsikologi menerusi Twitter telah berkongsi bahawa seseorang yang bersikap introvert mempunyai SPS yang cepat ‘penuh’.

Untuk mudah difahami ia dianggap seperti gelas di dalam kepala manakala SPS sebagai air.

Seseorang yang introvert mempunyai gelas yang kecil dan apabila bertemu dengan orang gelasnya mudah dipenuhi dan ini membuatkan dia berasa seronok.

Manakala bagi seseorang yang ekstrovert pula, mereka mempunyai gelas yang besar dan tidak puas serta mereka memerlukan lebih banyak lagi SPS.

Disebabkan itu, introvert sering kali dianggap seorang yang antisosial, terutama oleh golongan yang ekstrovert serta ambivert.

Tetapi sebenarnya seseorang yang introvert merupakan seorang kawan yang sangat setia serta mempunyai kelebihan dalam kemahiran menganalisa.

Bercerita tentang introvert, tahukan anda sebenarnya terdapat empat jenis introvert?

Jadi sebagai rujukan jom kita perkenalkan keempat-empat jenis tersebut. Dapatlah anda kenal pasti anda jenis yang mana.

#1 Anxious introvert

Foto: Freepik

Anxious introvert merupakan sejenis yang tidak boleh bersosial mereka cepat gemuruh serta takut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.

Namun, mereka yang anxious introvert ini pasti akan mempunyai seorang teman yang sangat rapat di mana pada individu tersebutlah dia akan bersembang dan meluahkan perasaannya.

#2 Social introvert

Foto: Freepik

Ciri mereka hampir sama dengan anxious introvert, namun golongan ini tidak suka bersosial dan sedikit berbeza dengan anxious di mana anxious tidak boleh bersosial.

Golongan social introvert ini lebih suka berseorangan dan melakukan aktiviti juga berseorangan sebagai contoh pergi pusat beli belah sendiri atau pergi makan sendiri.

#3 Thinking introvert

Foto: Freepik

Thinking introvert ini merupakan seorang yang pemikir, di mana mereka ini mulut sahaja yang kelihatan diam tetapi di dalam pemikiran mereka sebenarnya sibuk berfikir.

Golongan ini mereka gemar membaca, menganalisa, serta aktiviti yang berkaitan dalam proses otak.

Mereka juga tidak terlalu bersosial tetapi golongan ini sangat hebat dalam menganalisa sesuatu yang luar dari pemikiran orang lain.

#4 Restrained introvert

Foto: Pexel

Golongan ini mereka lebih kepada tenang serta rasional dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Mereka juga sangat menjaga pertuturan serta tingkahlaku dan boleh bersosial tetapi dalam tahap yang minimum.

Mereka ini kebiasaannya nampak pendiam tetapi apabila bercakap pasti akan membuatkan orang sekeliling terdiam dan mereka juga bukan seperti tin kosong.

Kini anda dah tahu keempat-empat perbezaannya kan? Jadi anda yang mana?

Harap ia dapat membantu anda untuk mengenali diri anda atau rakan-rakan yang introvert dengan lebih dalam lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.