Korang Bawa Motosikal? Ini Perbezaan Sijil Keselamatan ECE, DOT dan SNELL Pada Helmet [Video]
Segelintir penunggang motosikal mungkin memandang enteng kepada keselematan sesebuah topi keledar, malah ada juga yang tidak tahu jenis keselamatan yang perlu dititik beratkan sebelum membeli sesebuah topi keledar itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bergelar seorang pengguna motosikal, kami yakin anda pasti tahu yang penggunaan helmet atau dalam Bahasa Melayunya topi keledar adalah wajib. Namun sejauh manakah anda ambil kisah dengan keselamatan topi keledar yang digunakan?
Ada di antara mereka yang mempunyai topi keledar hanya sekadar mahu memiliki untuk mencukupkan syarat agar tidak disaman oleh pihak berkuasa, malah ada juga yang membeli sesebuah topi keledar itu kerana cantik dan nampak bergaya.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda menitikberatkan keselamatan terhadap sesebuah topi keledar sebelum mahu membelinya?
Sebagai contoh topi keledar yang dikeluarkan di Malaysia perlulah mempunyai sijil SIRIM yang menunjukkan ia sudah diuji dan selamat untuk digunakan.
Bagi topi keledar yang dihasilkan di luar negara pula, terdapat tiga jenis kelulusan sijil keselamatan yang berbeza antaranya DOT, ECE dan SNELL.
Tanpa membuang masa jom kami jelaskan secara terperinci.
DOT
DOT merupakan satu standard yang telah ditetapkan oleh United States Department of Transportation untuk menguji barang keselamatan yang dipakai ketika membawa motor.
Cara DOT diuji adalah melalui striking point, sebagai contoh jika di bahagian atas ada titik tertentu dan begitu juga di bahagian lain tetap mempunyai titik tertentu yang telah diklasifikasikan.
Bukan itu sahaja, setiap titik itu akan dihentak sebanyak dua kali dan semasa mereka membuat ujian terhadap topi keledar ini mereka telah memutuskan bahawa impak ideal untuk menghentak topi keledar ini ada seberat 0.4kg sekiranya anda jatuh motor.
Keburukan DOT
Sebenarnya sijil pengiktirafan keselamatan DOT ini senang sahaja nak dapat kerana mereka menggunakan sistem Honor di mana ia membolehkan pembuat topi keledar untuk main tipu.
Ini kerana mereka akan mengambil beberapa biji topi keledar untuk diuji dan kebanyakkannya tidak melepasi standard, kerana DOT menggunakan limited number of headform atau testing shell.
Topi keledar mempunyai pelbagai jenis saiz yang bermula daripada saiz S sehingga XXL.
Jadi sekiranya anda menggunakan topi keledar yang bukan saiz sebenar, anda tidak dapat merasai ciri keselamatan optimum yang dimiliki oleh topi keledar tersebut.
Oleh itu, hasil keputusan keselamatan sesebuah topi keledar itu akan berbeza dari apa yang ditetapkan.
Selain itu, DOT juga tidak menguji visor serta jarak geseran untuk menunjukkan ketahanan sesebuah topi keledar seperti pecah atau sebagainya.
ECE
ECE merupakan antara standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh Economic Commision for Europe dan telah digunakan lebih daripada 50 negara.
Ini bermaksud sekiranya anda ingin menaiki motor di sesebuah negara itu, ia adalah wajib untuk anda menggunakan topi keledar yang mempunyai kelulusan ECE.
Pensijilan ECE ini adalah sangat terperinci sehingga kualiti optikal juga diuji untuk melihat visual yang akan diberikan kepada si pemakai ketika menunggang.
Untuk mendapatkan kelulusan ECE ini, topi keledar perlu dihantar ke independent lab dimana makmal itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan langsung.
Apabila sudah lulus diuji barulah sesebuah topi keledar itu akan dibuat dan dijual di pasaran.
Cara ECE diuji iaitu dengan menjatuhkan sesuatu pemberat dipanggil single blow dimana topi keledar itu akan dihentak sebanyak sekali sahaja dan ia juga akan dihentak di titik yang spesifik.
Keburukan ECE
Namun ini sebenarnya sedikit berbahaya kerana apabila anda kemalangan, anda sebenarnya tidak dapat menjangkakan di kawasan manakah yang akan menerima impak yang lebih kuat.
Dalam masa yang sama ia memberi peluang kepada pengeluar topi keledar untuk menipu sebagai contoh jika ia hanya diuji di bahagian atas, pengeluar hanya akan menguatkan ciri keselamatan itu di bahagian atas sahaja.
SNELL
Yang terakhir sekali adalah SNELL iaitu salah satu standard keselamatan bagi topi keledar yang telah ditetapkan oleh SNELL Memorial Foundation.
SNELL merupakan satu organisasi yang tidak mengambil keuntungan (non-profit) dan kebanyakan mereka yang ada dalam organisasi ini merupakan kenalan sendiri yang datang dari pelbagai latar belakang ilmu.
Cara SNELL diuji adalah lebih terperinci berbanding DOT dan ECE sebagai contoh ia juga menguji ketahanan visor untuk melihat sama ada ia mudah untuk pecah atau tidak malah ia juga menguji kestabilan topi keledar itu ketika menunggang motosikal.
Selain itu, mereka juga menguji jika berlaku kemalangan adakah topi keledar itu mudah dibuka atau tidak.
SNELL juga akan menguji setiap topi keledar itu secara lasak berbanding DOT dan ECE dan mereka akan mencari setiap satu kelemahan sesebuah topi keledar yang diuji tersebut.
Keburukan SNELL
Untuk mendapatkan kelulusan sijil keselamatan daripada SNELL harganya tersangatlah mahal malah ia juga tidak masuk akal dan jika anda mahu menjual topi keledar itu di pasaran harganya akan menjadi mahal.
SNELL ini sebenarnya ditubuhkan lebih kepada untuk mereka yang berlumba dan mereka lebih memberikan perhatian kepada sesuatu yang tidak penting seperti sun visor shield, pengudaraan yang tidak penting.
SNELL lebih cenderung kepada topi keledar perlumbaan dan mereka enggan untuk meletakkan elemen-elemen yang diperlukan oleh penunggang di jalan raya kerana pada mereka perkara tersebut adalah tidak penting.
Jadi bagaimana dah faham dah setiap jenis keselamatan topi keledar? Harap ini dapat membantu anda untuk memilih topi keledar yang bersesuaian dengan apa yang dicari.
Jangan hanya pentingkan cantik dan bergaya sahaja tetapi pilihlah saiz yang betul untuk memberi pelindungan keselamatan kepada kepala anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah: