fbpx
Now Reading
Umum 30 Minit Untuk Waktu Tidur, Syarikat Di India Ingin Tingkatkan Prestasi Kerja
pekerja diberi waktu tidur siang selama 30 minit

Umum 30 Minit Untuk Waktu Tidur, Syarikat Di India Ingin Tingkatkan Prestasi Kerja

Syarikat tersebut telah membuat pengumuman untuk memberi masa selama 30 minit kepada pekerja untuk tidur pada waktu siang kerana ia dapat mempertingkatkan prestasi kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sewaktu bekerja tidak dinafikan kita menggunakan seluruh tenaga seperti otak dan badan untuk bekerja dan jika ia asyik diguna tanya henti pastinya akan membuatkan seseorang merasa terlalu penat.

Oleh itu, kebanyakan orang yang bekerja mempunyai cara tersendiri untuk melegakan diri mereka sebagai contoh tidur selama beberapa minit untuk merehatkan minda mereka agar dapat kembali cergas ketika melakukan kerja.

Umum beri waktu tidur siang kepada pekerja selama 30 minit

Baru-baru ini, sebuah syarikat di Bengaluru, India, telah mengumumkan secara rasmi bahawa pekerjanya diberi masa tidur pada waktu siang selama 30 minit ketika hari bekerja lapor laman berita NDTV.

Pengumuman tersebut telah dikongsikan oleh Wakefit Solutions di Twitter pada Khamis (5 Mei) menerusi dua gambar yang memaparkan ‘hak pekerja untuk tidur’ berserta masa yang telah ditetapkan oleh syarikat itu.

Waktu tidur di antara pukul 2 hingga 2.30 petang

Menerusi ciapan itu, Pengasas bersama Wakefit Chaitanya Ramalingegowda di dalam e-mel yang dihantarkan kepada pekerja telah mengumumkan bahawa pekerja kini boleh merehatkan diri untuk tidur di antara pukul 2 sehingga 2.30 petang.

“Kami telah berada dalam perniagaan berkaitan amalan tidur sempurna (melalui penjualan tilam keluaran syarikat mereka) selama lebih enam tahun tetapi masih gagal untuk melakukan keadilan kepada aspek rehat yang penting iaitu tidur pada waktu siang.

“Kami sentiasa memandang serius terhadap waktu tidur siang, dan mulai pada hari ini, kami akan mengamalkan perkara yang lebih baik,” tulisnya di dalam e-mel.

NASA dedah tidur siang tingkatkan prestasi sebanyak 33%

Kata beliau lagi, menerusi kajian NASA turut mendedahkan bahawa tidur pada waktu siang selama 26 minit dapat meningkatkan prestasi sebanyak 33% manakala kajian di Harvard memaklumkan tidur siang dapat mencegah keletihan.

Beliau turut memberitahu bahawa pekerja mempunyai hak untuk tidur selama 30 minit dan kalendar pekerja akan disekat pada waktu yang ditetapkan sebagai waktu tidur siang rasmi.

Pihaknya juga dalam masa yang sama masih berusaha untuk mewujudkan ruang tidur yang selesa serta bilik yang tenang di pejabat untuk membina persekitaran tidur siang yang sempurna untuk pekerja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.