fbpx

Skyline Luge Activity Park Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka di Gamuda Gardens Pada 2023

Pembinaan Skyline Luge Activity Park ini akan menjadikan ia sebagai taman keempat Skyline Enterprises di Asia selepas Singapura dan Korea Selatan (Busan dan Tongyeong).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 31 Mei, Gamuda Land telah menganjurkan satu majlis pecah tanah bagi pembinaan Skyline Luge Activity Park (kereta luncur) yang pertama di Malaysia oleh pengendali riadah dan hiburan terkenal dari New Zealand, Skyline Enterprises.

Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gamuda Land, Ketua Pegawai Operasi (COO) Gamuda Land, Ngan Chee Meng bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Skyline Enterprises, Geoff McDonald turut disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Pam Dunn dan Timbalan CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja.

Pembinaan Skyline Luge Activity Park ini akan menjadikan ia sebagai taman keempat Skyline Enterprises di Asia selepas Singapura dan Korea Selatan (Busan dan Tongyeong).

Taman aktiviti yang bakal dibangunkan di atas tapak seluas 30,000 meter persegi di Gamuda Garden City Center, Rawang itu dijangka dibuka kepada orang awam pada penghujung tahun 2023.

Ia juga akan menampilkan zipline berbilang penjuru pertama di dunia dan tunggangan lif ski pertama di negara ini.

“Apabila kita membangunkan sesuatu tempat, kita juga membina personaliti. Ini kerana orang ramai akan mengingati tempat mereka membesar, tempat di mana mereka mencipta kenangan yang berkekalan. Itulah sebabnya bandar kami dibina dengan penuh khusus demi mewujudkan tempat komuniti yang hebat di mana orang ramai akan merasai suasana unik bandar kami, serta ingin menjadi sebahagian daripadanya.”

CEO Gamuda, Chu Wai Lune

Menurut Timbalan CEO MIDA Sivasuriyamoorthy Sundara Raja pula, keputusan Skyline Enterprises untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia adalah bukti sentimen perniagaan positif negara kita yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti pelabur pelancongan.

“Selaras dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, MIDA menyasarkan untuk memanfaatkan daya saing industri pelancongan Malaysia untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dan inovatif yang memperkasakan komuniti tempatan dan mencapai objektif pembangunan sosio-ekonomi yang lain. MIDA akan terus memudahkan dan menyokong pelaksanaan projek Skyline Enterprise dan pengembangan masa depannya.”

CEO MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja

Sementara itu, CEO Skyline Enterprises, Geoff McDonald berkata, Skyline Enterprises komited untuk mengembangkan operasi global mereka dan begitu teruja untuk membawa pengalaman masa lapang mereka yang penuh keseronokan ke Malaysia dan ke Taman Gamuda.

“Skyline Luge Activity Park di Taman Gamuda ini akan memberikan pengalaman yang berbeza dan menarik untuk pengunjung kami. Ia direka bentuk mengikut bentuk muka bumi dan akan memberikan tunggangan yang menarik dari puncak bukit bertingkat 40m,” kata McDonald.

 Luge Activity Centre itu akan ditempatkan dalam Gamuda Garden City Centre yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan koridor Guthrie.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.