HappyFresh Anjur Kempen ‘Spend Big, Win Big’, Peserta Boleh Menang Baucar & FLYCYCLE!

Dalam usaha mencari pendekatan baharu untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar, HappyFresh, platform barangan runcit dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara telah menganjurkan acara spin cycle di Publika pada hari minggu yang lalu.

Acara tersebut menyaksikan lebih 50 pemenang kempen dan influencer mengayuh basikal spin mengikut  rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, yang menampilkan petikan bunyi barangan segar yang diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri yang bertenaga, sesuai untuk senaman.

HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big

Dari 23 Mei hingga 9 Jun, HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big di mana pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200.

Foto: HappyFresh

Sepanjang sesi tersebut para peserta mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh terkini oleh HappyFresh.

Acara tersebut menampilkan selebriti seperti Sazzy Falak, Siu Lim, Nadia Anuar, Linora Lim dan dengan sokongan rakan jenama HappyFresh seperti UFC, Zespri Kiwi, HOMESOY dan Ben’s Independent Grocer.

Frequency of Fresh oleh HappyFresh

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio untuk membantu memilih barangan yang paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan makanan yang paling segar.

Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

Foto: HappyFresh

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, kami percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar.

“Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh yang diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif,” ujarnya lagi

“Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka – yang dapat dipenuhi oleh HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami, kerana #WEKNOWFRESH!”.

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui

Di samping itu, pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan promosi dan diskaun semasa.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada barangan segar anda benar-benar segar?

Dapatkan maklumat di Spotify dan gunakan tip tersebut semasa membeli-belah atau lebih baik lagi, buat pesanan melalui HappyFresh hari ini.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago