fbpx
Now Reading
Mahu Bantu Rakyat Malaysia Berdepan Kadar Inflasi, HappyFresh Lancar Kempen Harga Termurah

Mahu Bantu Rakyat Malaysia Berdepan Kadar Inflasi, HappyFresh Lancar Kempen Harga Termurah

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Lembah Klang iaitu Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang, membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

HappyFresh bukan satu nama asing lagi di kalangan rakyat Malaysia yang gemar membeli barangan runcit secara online.

Bukan sahaja dikenali sebagai platform runcit dalam talian yang paling pesat berkembang pesat di Asia Tenggara, HappyFresh turut sinonim dengan penawaran diskaun dan promosi hebat untuk pelanggan setia dan baharu mereka.

Terbaharu pada Selasa (5 Julai) lalu, HappyFresh secara rasminya memperkenalkan HappyFresh Supermarket dengan pelancaran media di The Grounds, MAHSA Avenue, Kuala Lumpur.

Mula dilancarkan pada awal 2022, HappyFresh Supermarket yang kini merupakan pasar raya terkemuka di bawah HappyFresh, bersama rangkaian pasar raya di seluruh negara yang lain sedia menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan Penghantaran Percuma dan tiada momen Kehabisan Stok.

Pengguna pentingkan produk & harga

Menurut HappyFresh, pengguna kini lebih mementingkan produk dan harga selain mencari jenama yang boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan runcit mereka yang khusus.

Berdasarkan data dan pengetahuan, HappyFresh lebih memahami cara untuk memenuhi keperluan sebenar para pelanggan.

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Lembah Klang iaitu Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang, membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU).

Ini terdiri daripada produk segar, kering dan sejuk beku dalam inventorinya di tiga buah zon masing-masing dengan suhu yang dipantau rapi.

“Kami percaya bahawa pelanggan harus mempunyai peluang untuk mempunyai lebih banyak pilihan daripada pelbagai jenis produk, yang segar dengan harga yang berpatutan, dan tanpa perlu risau tentang kualitinya.

Kepelbagaian produk akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan semua item menjalani kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kesegarannya,” kata Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, Johan Antlov.

Lancar kempen ‘Promosi Pertengahan Tahun’ dengan diskaun sehingga 60%

HappyFresh juga melancarkan kempen promosi pertengahan tahun HappyFresh Supermarket mereka iaitu ‘Termurah di Bandar’ dengan diskaun sebanyak 60% sehingga September nanti.

Pelanggan juga boleh memaksimumkan penjimatan dan memperoleh lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi barangan runcit dengan menggantikan kerumitan membeli-belah, boleh beli secara online sahaja!

“HappyFresh Supermarket menyasarkan untuk memberi pengalaman e-grosir yang terbaik pada harga berpatutan kepada pelanggan kami. Kempen ‘Termurah di Bandar’ ini bertujuan membantu pelanggan kami dalam memerangi kenaikan inflasi dan kos sara hidup sambil mendapatkan semua barangan runcit yang diperlukan dengan harga termurah yang kami tawarkan secara ekslusif di HappyFresh Supermarket.”

Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, Johan Antlov.

Johan turut menambah, beliau berharap melalui promosi dan diskaun yang ditawarkan ini, orang ramai akan memperoleh manfaat daripada kos sara hidup yang lebih rendah.

Dah ready nak order barangan dapur/rumah? Anda boleh KLIK terus di sini.

Memang sangat mudah dan cepat. Tahu-tahu dah sampai depan rumah. Tak perlulah nak pergi bersiap dan bawa kereta ke kedai! 😀

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.